Cara ke Kolam Air Panas La (La Hot Springs), Terengganu - Nothing to Somethings

Cara ke Kolam Air Panas La (La Hot Springs), Terengganu

Terletak jauh di hulu Besut, La Hot Spring atau kolam air panas La mempunyai daya tarikan tersendiri. Terhasil secara semulajadi daripada pancutan mata air, air panas La atau La Hot Spring dipercayai mampu merawat penyakit. 

Namun begitu, dengan kedudukannya yang terletak agak jauh ke hulu, mungkin ramai di antara kita yang belum mengetahui tentang keberadaan dan kewujudan air panas semulajadi di La Hot Spring. 

Untuk makluman anda, di La Hot Spring terdapat dua sumber mata air iaitu sumber air panas dan air terjun. Jadi anda boleh membuat pilihan sama ada untuk mandi air terjun yang sejuk atau sekadar merendamkan kaki dalam kolam air panas. Namun jika anda tahan kepada suhu yang panas, anda boleh rendamkan seluruh badan anda kedalam kolam air panas. Bersesuaian dengan kedudukannya di Hulu, udara di La Hot Spring adalah segar dan suasana persekitaranya agak sejuk. 

La Hot Spring
Kolam Air panas La

Bagi anda yang membawa anak kecil, anda tidak perlu risau. Ini kerana di La Hot Spring juga terdapat kawasan berpasir yang airnya cetek untuk anak kecil anda bermain sambil mandi-manda. Jika anda inginkan air yang sedikit suam, anda boleh mandi di kolam buatan yang disediakan. 

Lebih menarik, jika anda ingin merasai suasana malam di La Hot Spring, anda juga boleh bermalam. Ini kerana terdapat beberapa buah chalet yang disediakan dengan harga yang agak berpatutan dan biliknya agak selesa. Untuk ke La Hot Spring, caranya cukup mudah. Meskipun terletak di Hulu Besut, namun anda boleh menggunakan waze memandangkan kawasan La Hot Spring mempunyai liputan jaringan internet. 

Secara umumnya, untuk ke La Hot Spring, anda perlu melalui bandar Jertih dan beberapa kawasan kampung. Bagi membantu anda merancang perjalanan ke La Hot Spring, berikut saya kongsikan panduan ke La Hot Spring. 


Cara ke La Hot Spring/ Kolam air panas La

1- Setkan haluan ke bandar Jerteh atau kampung Jabi

Untuk ke La Hot Spring, anda mempunyai dua pilihan sama ada masuk melalui bandar Jerteh atau Kampung Jabi. Jika anda daripada Kuala Terengganu, anda boleh ke La Hot Spring melalui Kampung Jabi, manakala jika anda daripada Kelantan, anda boleh ke La Hot Spring melalui bandar Jerteh. 


2- Setkan haluan ke Kampung La

Selepas anda sampai di bandar Jerteh atau Kampung Jabi, anda seterusnya boleh meneruskan perjalanan ke Kampung La. Untuk makluman anda, jarak perjalanan dari bandar Jerteh atau Kampung Jabi ke La Hot Spring adalah sekitar 30 minit memandu. Jika anda melalui Kampung Jabi, untuk ke Kampung La anda akan melalui beberapa kawasan perkampungan. Manakala, jika anda melalui bandar Jerteh untuk ke Kampung La, anda akan melalui hospital Besut dan beberapa kawasan kampung. 


3- Setkan haluan ke La Hot Spring

Daripada Kampung La, untuk ke La Hot Spring anda perlu memandu sekitar 10 minit dengan jarak sekitar 8km. Meskipun berada di kawasan kampung, namun jalannya adalah berturap dan cantik. Sepanjang laluan dari Kampung La ke La Hot Spring, di kiri kanan jalan, anda akan melihat kebun getah dan kelapa sawit dan beberapa rumah penduduk kampung. 


4- Tiba di La Hot Spring

Selepas anda melalui kawasan kampung, kebun getah dan kelapa sawit, anda akan tiba di La Hot Spring. Untuk masuk ke La Hot Spring anda perlu membayar RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Selepas anda memasuki kawasan La Hot Spring, anda boleh mencari parking. Dalam hal ini, anda boleh parkir dimana-mana kawasan parkir yang disediakan sama ada berhampiran pondok pengawal atau dihadapan chalet. 

Sampai, Jom mandi...
Cara ke Kolam Air Panas La (La Hot Springs), Terengganu Cara ke Kolam Air Panas La (La Hot Springs), Terengganu Reviewed by Lah Mohd on 12:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.