Cara kursus Pra-Perkahwinan Online Selangor - Nothing to Somethings

Cara kursus Pra-Perkahwinan Online Selangor

Nak kahwin tapi tiada masa untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan?

Jangan risau, kini anda boleh mengikutinya hanya melalui kelas online sahaja. Untuk makluman, kursus pra-perkahwinan ini dijalankan secara online sehingga Disember 2020 iaitu sepanjang tempoh kawalan pergerakan pemulihan akibat Covid-19. 

Untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan ini ianya cukup mudah, cepat dan senang. Sebagai panduan berikut saya kongsikan caranya.


No photo description available.


Cara Kursus Pra-perkahwinan Online di Selangor

1- Daftar sebagai peserta

Untuk daftar sebagai peserta, anda hanya perlu klik pautan berikut. Bagi memudahkan urusan mengambil sijil selepas kursus pra-perkahwinan online disarankan untuk anda memilih lokasi berdekatan dengan anda. 


Bahagian Undang-Undang Keluarga

No Tel (Whatsapp) : 013-689 0628 / 011-6048 0636

Pautan : www.bit.ly/kppibuuk


Pejabata Agama Islam Daerah Petaling

No Tel (Whatsapp) : 011-3936 2036 / 010-310 3540

Pautan : www.bit.ly/kppiptl


Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

No Tel (Whatsapp) : 011-6163 5848

Pautan : www.kursuskahwinpaid.com


Pejabat Agama Islam Daerah Gombak

No Tel (Whatsapp) : 011-6082 8455

Pautan : www.bit.ly/kppigb


Pejabat Agama Islam Daerah Klang

No Tel (Whatsapp) : 017-291 6934

Pautan : www.bit.ly/kppiklg


Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat

No Tel (Whatsapp) : 011-5785 0906

Pautan : www.bit.ly/kppikl


Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam

No Tel (Whatsapp) : 019-287 9316

Pautan : www.bit.ly/kppisb


Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor

No Tel (Whatsapp) : 011-7230 3528

Pautan : www.bit.ly/kppiksl


Pejabat Agama Islam Daerah Sepang

No Tel (Whatsapp) : 011-6417 0260

Pautan : www.bit.ly/kppispg


Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor

No Tel (Whatsapp) : 011-7072 4805

Pautan : www.bit.ly/kppihl


2- Mengisi maklumat peribadi

Selepas anda klik pautan diatas, anda akan dibawa ke Google Form untuk mengisi maklumat berkait. Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti nama, nombor IC, nombor telefon dan alamat gmail. Selesai maklumat di isi, klik Submit.


3- Pengesahan pendaftaran

Selepas anda klik submit, satu email pengesahan pendaftaran akan dikirimkan ke alamat email yang didaftarkan. Antara maklumat yang dikirim didalam email ialah, tarikh kursus, masa kursus, manual pengguna dan cara bayaran kursus. Untuk makluman, anda perlu membuat bayaran sebelum tarikh kursus dijalankan.


4- Mengikuti kursus

Sebelum tiba hari kursus, beberapa email peringatan akan dikirimkan kepada anda. Jadi pastikan anda telah membuat bayaran kursus dan bersedia pada tarikh yang ditetapkan.

Semasa hari kursus, satu email jemputan untuk mengikuti Kursus pra-perkahwinan melalui Google Classroom akan dikirim. Klik 'Join' dan anda akan dibawa ke kelas tersebut. Baca bahan dan tonton video yang dikirim. Selesai menonton dan membaca bahan, anda diwajibkan untuk menjawab soalan yang disediakan. Untuk makluman, soalan perlu dijawab dan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum jam 3 petang. 


5- Menunggu keputusan 

Pada hari yang sama anda akan menerima keputusan peperiksaan kursus pra-perkahwinan. Mengikut pengalaman, keputusan kursus pra-perkahwinan akan dikirimkan melalui email sekitar jam 8-9 malam. Dalam email ini, anda akan diberikan maklumat berkait status peperiksaan dan cara membuat tuntutan sijil kursus pra-perkahwinan.


6- Membuat tuntutan sijil

Untuk membuat tuntutan sijil anda hanya perlu ke Pejabat Agama Islam Daerah berkait. Contoh, jika anda mendaftar kursus dengan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, maka anda perlu ke pejabat daerah berkenaan untuk membuat tuntutan sijil. Semasa dikaunter anda hanya perlu tunjukan IC dan semua proses tuntutan selesai dalam tempoh kurang 5 minit (sekiranya orang tidak ramai).

Selesai... Sedia untuk daftar perkahwinan

Maklumat lanjut: Rujuk FB Jabatan Agama Islam Selangor

Cara kursus Pra-Perkahwinan Online Selangor Cara kursus Pra-Perkahwinan Online Selangor Reviewed by Lah Mohd on 13:16:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.