Cara ke Tree Top Walk Sungai Sedim - Nothing to Somethings

Cara ke Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim?

Tree Top Walk Sungai Sedim merupakan antara lokasi percutian menarik untuk dikunjungi. Terletak di utara semenanjung Malaysia (Kedah), anda hanya perlu memandu sekitar 1 jam 20 minit dari Sungai Petani. Dengan ketinggian maksimum 26.05m dari permukaan tanah dan panjang sekitar 1km, anda dapat menikmati keindahan hutan dengan sedikit kelainan. Sekiranya bernasib baik anda dapat melihat  bunga-bunga hutan yang mekar atau ungas di habitat semulajadi. Untuk makluman, Tree Top Walk dibuka setiap hari bermula jam 8.30am hingga 5.30pm.  

 

Tree Top Walk Sungai Sedim


Laluan berbukit?

Mengikut pemerhatian saya dari segi permukaan jalan, anda tidak perlu risau. Ini kerana laluan untuk ke Tree Top Walk Sungai Sedim tidaklah berbukit dan berada berdekatan dengan kawasan perkampungan yang mana sepanjang perjalanan anda perlu melalui ladang (kelapa sawit dan getah) dan kebun penduduk kampung sahaja.

Meskipun berada dikawasan kampung, namum laluannya adalah berturap sepenuhnya sehinggalah ke kawasan parkir.

 

Kemudahan?

Dari segi kemudahan, anda tidak perlu risau. Ini kerana, di kawasan Tree Top Sungai Sedim disediakan kemudahan asas seperti tandas dan surau. Parkirnya juga bersih terjaga. Sebagai kemudahan tambahan, turut terdapat beberapa peniaga yang menjual makanan ringan dan air.

Bagi anda yang  ingin bermalam, disekitar kawasan tarikan Tree Top Walk turut terdapat kawasan untuk berkemah dan chalet.


Tree Top Walk Sungai Sedim

 

Tempat beriadah bersama keluarga?

Memandangkan Tree Top Walk berada berdekatan Sungai Sedim, jadi selepas menikmati pemandangan di laluan Tree Top Walk, anda bolehlah mandi atau melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga. Airnya yang jernih dan sejuk sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

 

Bayaran masuk?

Untuk makluman, dari segi bayaran masuk ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu, bayaran untuk masuk ke kawasan riadah Sungai Sedim (RM3 bagi kereta/ van) dan bayaran untuk menikmati keindahan disepanjang laluan Tree Top Walk (RM10 dewasa/ RM6 kanak-kanak).

Sekiranya anda tidak mahu melalui laluan Tree Top Walk, anda boleh sahaja berkunjung ke Sungai Sedim untuk aktiviti riadah bersama keluarga sambil melakukan aktiviti BBQ dan mandi sungai.


Tree Top Walk Sungai Sedim


Note:

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau kerana laluan Tree Top Walk adalah diperbuat dari jaring besi. Jadi anda boleh menggunakan stroller kecil untuk membawa anak kecil anda.

Cara ke Tree Top Walk Sungai Sedim Cara ke Tree Top Walk Sungai Sedim Reviewed by Lah Mohd on 11:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.