Trip Budget Bandung - Sewa kereta + supir (Part 2) - Nothing to Somethings

Trip Budget Bandung - Sewa kereta + supir (Part 2)

(Date of Travel: 16 Feb 2015)

Exchange rate: Sekitar RM290 = IDR 1 Juta 

Part 1: Tips dan tempat menarik di Bandung

Trip overseas pertama tahun 2015. Memangg enjoy dan sempoi. Tiket saya beli masa promosi Airasia tahun lepas. Rasanya lebih kot 6 bulan saya tunggu tarikh trip ni. Nak murah kan kena la sabar, heheehhehehhehe. Beli tket awl pun xde masalah janji sampai.

Kalau sebelum ni saya ber'backpacking je ke Singapore, kali ni trip saya special sikit sebab saya guna perkhidmatan sewa kereta + supir, tapi bukan pakej. Sebabnya malas nak guna public transport memandangkan banyak tempat menarik berada dalam jarak yang jauh. Sepanjang kat sana saya guna khidmat DOM car rental dan menginap di Pulas Inn. Servis Pulas Inn sangat ok. Sebelum terlupa Driver yang saya dapat masa tu nama dia Mas Ari. Service memang terbaik. Cakap je nak ke mana, dia mesti bawa dan tunggu sehingga la habis urusan kami. Sekali kasihan juga tengok, lama kot Mas Ari tunggu. hehhehehehehhehe.

Ok, cukup cerita tentang kereta, penginapan dan tiket, sekarang saya cerita pula pengalaman sepanjang kat sana. Alhamdulillah sepanjang kat sana takde benda yang pelik2 berlaku. Semua smooth je, cuma ada la sikit pengalaman2 yang takde kat Malaysia saya rasai kat sana.

Macam biasa la kan, kalau taknak ada masalah di airport di ingatkan sampai awal. Kalau nak senang check-in je dari rumah dan bawa boarding pass siap-siap. Kalau sampai lewat pun takde la kelam kabut sangat.

Untuk yang first time ke overseas, hati-hati la ye. Untuk pengetahuan korang, kat KLIA2 pemeriksaan security ada 2 kali. First masa dekat Imegresen dan second sebelum ke Gate. Jadi pandai-pandai la budget masa korang.

Untuk ke Bandung, penerbangan dia kejap je. Macam ke Sabah dan Sarawak je. Lebih kurang 2 jam je.

Di sebabkan saya dah buat tempahan kereta dari Malaysia, jadi keluar je pintu imegresen terus jumpa pemandu. Tak perlu jalan jauh-jauh. Arrival hall dia kecik je, jalan dua tiga langkah je terus jumpa pintu keluar. Kalau kat KLIA2 lenguh jalan baru jumpa pintu keluar.

Masa first day sampai takde apa-apa pun yang dibuat sebab sampai pun dan lebih kurang jam 5. Jadi kami buat keputusan untuk pergi makan dan window shopping di Rumah Mode je. Nyesal pula rasa ambil penerbangan petang, sampai je dah malam.

makanan di Bandung
Menu special di Bandung, Ikan Kaloi

Ni makanan first yang  kami cuba kat sana. Menu utama Ikan Kaloi. Sangat sedap dan first time makan ikan kaloi.. Highly Recommend untuk cuba bagi sesiapa yang ke Bandung. Lepas makan trus check-in hotel dan tidur.


Hari ke-2 
Masa hari ke-2 di kota Bandung. Saya plan untuk ke Kawah Putih. Di sebabkan perjalannan ke Kawah Putih agak jauh + Jemm, jadi kami gerak awl. Jalan ke sana berbukit-bukit dan rasa lebih teruk daripada nak ke Cameron highland. Perjlanan ke sana ambil masa lebih kurang 2 jam. View kat kawah putih sangat cantikkkk. Fee masuk pun murah. 100ribu/person.

Masa sampai korang akan bau benda pelik (bau belerang). Bau dia agak kuat tapi kejap je. Bila hidung dah sebati dah takde bau apa-apa. Suhu sini best, macam Cameron Highlang. Dan gambar kat bawah ni hasil selepas +- 100m berjalan dari pintu masuk.

Kawah Putih
Kawah Putih

Lokasi ke-2  ke Situ Patenggang. Dari luar view dia cantik, tapi bila masuk dalam macam tak berbaloi. Untuk bukan local visitor fee dia hampir RM50. Melayang duit, huhuhuhu. Walaupun mahal tapi tempat ni famous sebab pernah jadi lokasi pengambaran filem My Heart. Info ni saya dapat dari pemandu.

Situ Patenggang
Situ, Patenggang, lokasi pengambaran filem My Heart

Situ Patenggang
Situ Patenggang, 

Alang-alang dah masuk maka main la benda ni. Alang-alang dah bayar mahal kan. Tapi yang ni pun berbayar. RM10 sorang untuk sejam. Tak smpai pun sejam main dah pulangkn balik sebab tak larat nak kayuh.

Masa balik kami singgah makan di Saung Gawir. Makanan murah dan sedap, siap bagi air teh jasmine percuma.

View dari meja makan. Cuci mata sebelum makanan sampai. Cantik kan.....

Rasa teh Jasmine memang terbaik. Terasa jasminenya. Taktau nak explain macam mane. Kesimpulannya, saya minum sikit je, tak mampu nak habiskan. Last sekali order mineral water untuk hilangkan rasa jasmine yang super power tu. heheh

Jadi makan pun dh kenyang, lokasi seterusnya adalah Cidabayut. Tempat ni famous dengan barangan kulit seperti jaket dan kasut. Harga kena pandai tawar-menawar. Tapi kasut yang saya beli walaupun murah, quality memang zero. Pakai sehari terus bagi orang. Rasa sangat terseksa pakai kasut tu..

Rasanya tempat yang best untuk beli barang adalah kat jalan riau (Please double check, sebab saya confious dgn Jalan Dago). Kat sini bnyk T-shirt untuk lelaki seperti Burberry, Fredferry, Versage, Polo dan lain-lain. Kat sini je berjuta-juta rupiah habis. Kaya kan kami, sampai berjuta-juta habis dalam sehari. hehehe. Dari segi quality kain, rasanya ok, selesa di pakai dan padan dengan harga.

Lepas separuh hari buang tenaga untuk pilih baju, untuk makan malam kami pilih untuk cuba masakan padang. Boleh tahan sedap. Lepas makan terus balik untuk re-charge tenaga.


Hari Ke-3
Hari ke-3 di Bandung. Macam biasa papagi lagi dah siap. Tapi kali ni misinya adalah ke Tangkubah Perahu. Tempat yang terkenal dengan kawah gunung berapi yang masih aktif. Tapi agak kecewa sebab bayaran masuk dia mahal sangat 300ribu(rm90). Jadi, kami tak jadi masuk.

Di sebabkan tak jadi ke Tangkubah kita orang tukar plan ke floating market. Ingatkan kat Thailand je ada floating market tapi kat bandung pun ada. View dia agak ok  tapi yang tak suka orangnya sangat ramai. Bayaran masuk dia sekitar 15ribu (kalau x silap).

Floating Market, Bandung
Floating Market, Bandung

Barisan bot yang menjual pelbgai menu. Tapi saya tak cuba apa-apa pun sebab orang nya sangat ramai. Meja pun takde kosong. huhhuhuuh


Floating Market, Bandung
Floating Market, Bandung

Untuk pengetahuan korang, dalam ni ada beberapa konsep taman mini dan gambar kat atas ni salah satu konsep taman yang ada.

Lokasi seterusnya, Dusun Bambu.

Dusun Bambu,Bandung
Pintu masuk Dusun Bambu, Bandung

Mercu tanda Dusun Bambu, Bila sampai je terus nampak benda ni. Kagum tengok. Sangat kreatif dia orang ni.

Dusun Bambu, Bandung
 Antara view dalam kawasan Dusun Bambu. 

Lepas sesi meneroka bukit bukau, sekarang sesi untuk makan pula. Hari ni tema semua bukit. Tempat makan  pun ber'backgroundkan bukit. Rasa tmpat ni tempat makan yang paling best sepanjang saya kat sana. Kiri dan kanan penuh dengan flora dan fauna je. Sangat tenang. Kalau ada yang stress boleh la ke sini.

Restoran Kg Daun, Bandung
View restoran Kg Daun,

Macam nak masuk taman flora pun ada. Makanan sedap dan service pun ok. Harga pun berbaloi. Wajib cuba jus alpuket or avokado, memang terbaikkkkkkkkkk

Selesai makan kami ke kedai kain Sudirman. Hari ni azam untuk beli oleh-oleh kepada keluarga. Malamnya sebelum makan kami ke factory outlet jalan dago.. Bagi saya outlet kat sini tak setanding dengan jalan Riau. Lepas makan terus balik hotel untuk packing barang. Esok pagi dah nak balik.




Nota: Please double check antara jalan Dago dan Riau, sabab saya tertukar. Tapi trademark dia, kat kawasan tu ada orang jual perfume murah.


Hari ke-4
Hari terakhir di kota Bandung. Rasa sayang untuk tinggalkan Bandung. Untuk hari terakhir, Pasar Baru dan Kartika Sari kami kujungi sekadar untuk beli cenderahati dan brownies. Next time kami plan nak ke Garut.. Kata Mas Ari barang kulit murah di sana… See u next time..

Selesai...


Trip Budget Bandung - Sewa kereta + supir (Part 2) Trip Budget Bandung - Sewa kereta + supir (Part 2) Reviewed by Lah Mohd on 20:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.