Cara tempah poket Wifi RoamingMan Online - Nothing to Somethings

Cara tempah poket Wifi RoamingMan Online

1- Pilih pakej

Pakej yang dimaksudkan adalah jenis Wifi dan destinasi yang akan dituju. Contoh, sekiranya korang merancang untuk bercuti ke Jepun, maka pakej 'Japan poket wifi' harus dipilih (rujuk gambar di bawah).

Roaming Man
Roaming Man

2- Isi Maklumat berkait

Setelah memilih pakej wifi, korang perlu mengisi maklumat diri dan perjalanan. Antara maklumat yang perlu di isi adalah, tarikh mula dan akhir tempahan, jumlah poket wifi, lokasi mengambil dan memulangkan poket wifi, alamat dan lain-lain maklumat berkait. Masukkan juga nombor 'discount coupon' sekiranya ada. 


3- Buat Bayaran

Sebelum membuat bayaran pastikan semua maklumat yang di isi adalah betul. Untuk membuat bayaran, korang boleh ikuti beberapa langkah seperti yang dipaparkan di skrin komputer/hpone korang. Setelah membuat bayaran, emel nombor tempahan akan diberi. 


4- Ambil pocket wifi

Untuk makluman, poket wifi boleh di ambil selewat-lewatnya pada hari yang sama korang berlepas ke luar negara. Contoh, sekiranya korang berlepas ke luar negara pada 19 May 2018 jam 11am, korang boleh mengambilnya pada hari yang sama sebelum korang masuk ke balai berlepas. Prosedur mengambilnya cukup mudah. Korang hanya perlu tunjukkan booking number dan semua urusan boleh selesai kurang dari 5 minit (bergantung kepada jumlah pelanggan pada masa tersebut).


5- Enjoy your Holiday

Untuk guna poket wifi, caranya cukup mudah. Korang hanya perlu tekan suis on dan biarkan sekitar seminit untuk beri ruang kepada poket wifi mengaktifkan fungsinya. Setelah poket wifi aktif, buka hpone korang, pilih ID wifi dan masukkan password yang disertakan. Enjoy you Wifi.


6- Pulang pocket wifi

Untuk pulangkan poket wifi, korang hanya perlu ke lokasi sama semasa korang mengambilnya. Prosedurnya cukup mudah dan semua urusan pemulangan boleh selesai dalam masa kurang seminit (bergantung kepada jumlah pelanggan pada masa tersebut).

Selesai... Selamat bercuti

Cara tempah poket Wifi RoamingMan Online Cara tempah poket Wifi RoamingMan Online Reviewed by Lah Mohd on 15:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.