Pengalaman guna poket Wi-fi di luar negara - Nothing to Somethings

Pengalaman guna poket Wi-fi di luar negara

Poket Wi-fi?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah poket Wi-fi dan bagaimanakah ianya berfungsi. Dalam kata mudah poket Wi-fi boleh di gambarkan seperti internet bergerak yang boleh dibawa kemana-mana. Saiznya pula hanya lah sebesar saiz poket baju dan ringan. 

Poket Wifi
Poket Wi-fi
Mengikut pengalaman, poket Wi-fi sangat membantu. Ini kerana, dengan memiliki poket Wi-fi saya tidak perlu memikirkan masalah internet setibanya di destinasi yang dituju. Saya boleh memilikinya seawal sebelum penerbangan. Setibanya di airport, saya boleh meneruskan perjalan tanpa perlu bazirkan masa untuk uruskan sewaan poket Wi-fi. 

Antara kelebihan poket Wi-fi:
1- Boleh dikongsi sehingga 10 orang (bergantung kepada pakej)
2- Bateri boleh bertahan lama sehingga 12 jam
3- Ringan
4- Saiz kecil
5- Kebiasaanya unlimited data (bergantung kepada pakej)
6- Lebih murah kerana kos sewa boleh dikongsi. Lagi ramai lagi murah. 
7- Boleh disewa dan dimiliki sebelum berlepas ke destinasi percutian

Selain itu, lokasi syarikat yang menawarkan perkhidmatan poket Wi-fi adalah strategik dan sangat memudahkan urusan perjalanan. Ini kerana, korang boleh mengambil poket Wi-fi selewat-lewatnya pada hari penerbangan memandangkan mereka membuka cawangan di dalam Airport. Antara syarikat pengendali poket Wi-fi yang beroperasi di KLIA/KLIA2;
1- Roaming Man 
2- Wiyo
3- Visondata
4- Samurai Wifi
5- Wifibaby
6- PocketWifi

Untuk menyewa, caranya cukup mudah. Ini kerana ianya boleh dilakukan secara online. Antara perkara yang perlu korang lakukan:
1- Pilih syarikat yang menawarkan poket Wi-fi (harga berbeza mengikut promosi syarikat)
2- Isi maklumat secara online (e.g. nama, tempoh sewaan, lokasi collect poket Wi-fi)
3- Buat bayaran
4- Collect poket Wi-fi
5- Bercuti
6- Pulangkan poket Wi-fi

Selamat bercuti.

Note: 
Bagi yang ingin menyewa poket Wi-fi saya sarankan untuk korang melakukan tempahan awal. Ini bagi membolehkan korang membuat pilihan, mendapatkan harga promosi (sekiranya ada) dan tidak kecewa sekiranya poket Wi-fi habis disewa. 

Mengikut pengalaman, kos sewa di Malaysia adalah lebih murah jika dibandingkan sekiranya menyewanya di luar negara.

Baca juga: Cara tempah poket Wifi Roaming Man secara online

Cara tempah poket wifi

Pengalaman guna poket Wi-fi di luar negara Pengalaman guna poket Wi-fi di luar negara Reviewed by Lah Mohd on 14:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.