Cara beli tiket dan guna train di Jepun - Nothing to Somethings

Cara beli tiket dan guna train di Jepun

Seperti menggunakan train di Malaysia, cara menggunakan train di Jepun juga tiada bezanya. Yang membezakan hanyalah bahasa yang digunakan. Namun begitu korang tidak perlu risau kerana bahasa English turut disediakan sebahai bahasa kedua. Sebelum membeli tiket korang hanya perlu menukar bahasa kepada bahasa English (rujuk gambar di penjuru atas sebelah kanan).


Train di Jepun boleh dibahagiakan kepada dua iaitu local train dan Azusa. Kedua-dua train ini memnggunakan tiket yang berbeza. Bagi memudahkan perjalanan, di sini saya kongsikan perbezaan train,  cara membeli tiket train di Jepun dan cara menggunakannya. 



Perbezaan train di Jepun

1- Local train

Harga tambang lebih murah. Banyak hentian dan memakan masa yang sedikit panjang untuk sampai ke destinasi. Sesuai digunakan sekiranya korang ingin melihat pemandangan di Jepun kerana pergerakkan sedikit perlahan berbanding Azusa/ Bullet train. 

2- Azusa/Bullet train

Tiketnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu reserve dan non-reserve seat. Bagi reserve seat, korang perlu duduk berdasarkan nombor kerusi yang ditulis di tiket. Manakala, bagi non-reserve seat korang boleh duduk di mana-mana kerusi yang kosang. Sekiranya tiada kerusi kosang korang perlu berdiri. 

Harganya pula berganda mahal jika dibandingkan dengan local train. Namun masa perjalanan adalah singkat. Sesuai digunakan sekiranya korang mempunyai masa percutian yang singkat tetapi ingin merentasi daerah yang jauh. Contoh, Tokyo ke Osaka; Tokyo ke Hokaido dan lain-lain destinasi. 



Cara beli tiket train di Jepun

1- Pastikan laluan perjalanan

Seperti di Malaysia, sebelum membeli tiket, laluan perjalanan terlebih dahulu perlu di ketahui. Dalam hal ini, tentukan jenis laluan dan destinasi ketibaan. Ini bagi membolehkan korang menentukan jumlah tambang yang perlu di bayar. 

3- Buat bayaran

Sama seperti di Malaysia, masukkan wang yang mencukupi di ruang yang disediakan dan tunggu korang diberikan tiket.

Note:
Sekiranya korang tidak yakin dengan laluan train dan jumlah tambang, korang boleh tanya staf mereka. Kebanyakkan daripada mereka boleh berbahasa English kecuali di kawasan luar bandar. 


Cara guna train di Jepun

1- Beratur di laluan yang betul

Untuk makluman, train di Jepun berkongsi platform dengan beberapa train yang berbeza laluannya. Sebelum menaiki train pastikan korang beratur di laluan yang betul dan pada masa yang betul. 

2- Pastikan train

Sebagi panduan, di setiap badan train akan di tulis laluan train tersebut. Terdapat dua tulisan iaitu Jepun dan English. Pastikan korang memeriksa laluan train tersebut sebelum korang menaikinya. 

3- Pastikan destinasi

Semasa di dalam train pastikan korang sentiasa peka dengan pengumuman destinasi ketibaan. Bagi yang menggunakan train di bandar utama, korang mungkin tidak perlu risau kerana lokasi ketibaan di tulis di dalam tulisan English di bahagian atas pintu (sama seperti di Malaysia). Namun sekiranya korang menggunakan train di luar bandar, korang perlu peka dengan pengumuman destinasi ketibaan.


Note:
Bagi memudahkan perjalan, saya sarankan untuk korang menggunakan apps 'Japan Official Travel Apps'. Apps ini boleh didownload dari playstore handpone. Antara maklumat yang disediakan seperti masa train/bas berlepas, laluan train/bas dan kadar tambang yang dikenakan. 

Selamat bercuti..

Cara beli tiket dan guna train di Jepun Cara beli tiket dan guna train di Jepun Reviewed by Lah Mohd on 16:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.