Trip Budget Bandung - sewa kereta + supir - Tempat menarik (Part 1) - Nothing to Somethings

Trip Budget Bandung - sewa kereta + supir - Tempat menarik (Part 1)


Bandung?

Apa yang menarik tentang Bandung?


Kalau ditanya kepada individu semestinya Bandung dikenali sebagai tempat berbelanja yang diminati oleh rakyat Malaysia termasuk saya. Dengan harga yang murah dan pilihan barang yang banyak semestinya pembeli rambang mata dengan pilihan yang ditawarkan. Bagi korang yang ingin merasai peluang berbelanja di Bandung dengan kos yang rendah korang boleh ke sana tanpa menggunakan travel agent. Korang boleh uruskan jadual perjalanan yang lebih fleksible tanpa ada kekangan masa. Untuk kesana korang ada pelbagai pilihan dan salah satunya korang boleh guna cara seperti di bawah.

Tip ke Bandung

1- Tiket penerbangan

Dengan wujudya pelbagai syarikat penerbangan, secara teorinya korang mempunyai banyak pilihan penerbangan dengan harga yang murah. Untuk dapatkan harga yang murah korang tak perlu tunggu promosi dan menyemak website penerbangan satu persatu tapi korang boleh bandingkan harga dengan menggunakan "Skyscanner". Pada kebiasaannya, walaupun tiada promosi harga penerbangan tetap murah kecuali waktu puncak seperti hari raya. Tempoh penerbangan dari KL ke Bandung pula sekitar 2 jam.

2- Passport

Pastikan korang menyemak tarikh expired passport korang selepas korang membeli tiket. Pastikan tarikh tersebut masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh penerbangan korang. Sekiranya passport korang dah nak expired atau belum ada, sila la renew atau buat awal-awal. Jangan tunggu di saat akhir.

3- Visa

Untuk ke Bandung korang tak perlu visa kecuali korang pergi lama (melebihi sebulan).

4- Pengangkutan

Mungkin ramai di antara korang yang risau tentang pengankutan di Bandung. Dan mungkin ada yang tidak yakin untuk menggunakan taksi atau bas(angkutan kota). Bagi mereka yang inginkan sedikit keselesaan semasa di Bandung korang boleh menyewa kereta bersama pemandu. Untuk mendapatkan pemandu yang boleh dipercayai korang boleh cuba gunakan perkhidmatan DOM Car Rental. Mengikut pengalaman services yang ditawarkan sangat baik.

5- Penginapan

Pilihan penginapan bergantung kepada korang. Terdapat pelbagai pilihan hotel budget. Korang boleh bandingkan harga di Trivago, Booking.Com dan lain-lain. Pastikan korang pilih lokasi hotel yang berdekatan dengan kawasan tumpuan korang.

7- Makanan

Bagi yang beragama islam, perkara pertama yang korang fikirkan semestinya makanan halal. Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan restoran yang menawarkan makanan hala. Kalau korang sewa kereta bersama pemandu, korang boleh minta diorang cadangkan sekiranya korang tiada idea untuk tempat makan yang menarik. Antara tempat menarik yang korang boleh kunjungi Restoran Kg Daun, Restoran Sapu Lidi, Saung Andir, Saung Gawir dan lain-lain.


8- Duit Rupiah

Sebelum terlupa, untuk kesana korang boleh bawa duit rupiah secukupnya. Bagi saya tempat tebaik untuk menukar duit adalah di NU sentral atau Jalan Chowkit.

9- Airport Tax

Sebelum berbelanja pastikan korang asingkan sedikit duit korang untuk airport tax. Harga adalah berbeza mengikut airport. Bagi harga tax di airport Bandung adalah 75ribu rupiah (masa Feb 2015)


Tempat menarik di Bandung

1- Rumah Mode

Marupakan sebuah tempat membeli-belah yang terkenal. Terdiri daripada satu kawasan yang luas dan sesuai untuk korang yang ingin suasana yang selesa semasa berbelanja.

2- Kawah Putih

Kawah Putih terletak di Ciwidey, selatan Bandung dan merupakan bekas kawah gunung berapi dan korang masih boleh melihat kesan-kesannya. Perjalanan ke Kawah Putih dari Bandung sekitar 2 jam. Bayaran masuk pula sekitar 100ribu rupiah seorang. Pemandangan agak cantik, suhu sekitar pula sejuk cuma sedikit berbau (bau belerang).

3- Situ Patenggang

Merupakan kawasan pelancongan yang terkenal dengan lokasi pengambaran filem 'My Heart'. Juga terletak di daerah Ciwidey selatan Bandung. Tapi bayaran masuk agak mahal bagi pelaancong aisng. Sekiranya korang tak nak masuk korang boleh ambil gambar dari luar iaitu dari kebun teh.

4- Cidabuyut

Cidabuyut merupakan kawasan yang terkenal dengan barangan kulit seperti kasut dan jaket. Tapi korang perlu pandai tawar-menawar dan pandai menilai kualiti barang.

5- Factory Outlet Jalan Dago 

Factory Outlet Jalan Dago merupakan kawasan berbelanja yang terdiri daripada beberapa buah kedai berdekatan. Pilihan adalah pelbagai dan korang boleh pilih mengikut citarasa korang.

6- Factory Outlet Jalan Riau

Factory Outlet Jalan Riau adalah sama seperti Factory Outlet Jalan Dago. Harga yang korang tengok adalah harga mati. Tak boleh tawar menawar seperti kalau korang berbelanja di Kedai Kain Sudirman atau Pasar Baru.

7- Kedai kain Sudirman

Famous betul kan nama Sudirman sampai ke Bandung orang guna. Kalau di KL Sudirman adalah seorang penyanyi yang terkenal. Tapi di Bandung, Sudirman merupakan sebuah rumah yang dijadikan gudang jualan kain. Antara koleksi yang terdapat di sini seperti telekung, kain batik, kain pelekat dan kain pasang. Tentang harga korang boleh tawar menawar.

8- Tangkubah Perahu

Merupakan sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif. Terletak di utara Bandung. Bagi pelancong asing bayaran masuk agak mahal. Menurut info yang saya perolehi dari pemandu, korang perlu berhati-hati di kawasan ni memandangkan banyak kes penipuan.

9- Floating Market

Jangan ingat Thailand je ada floating market, kat Bandung pun ada. Floating market ni terletak di daerah barat Bandung. Untuk masuk kesini korang dikenakan bayaran sekitar 15ribu rupiah seorang. Konsepnya hampir sama dengan floating market di Thailand.


10- Dusun Bambu

Masih lagi terletak di daerah barat Bandung. Dusun Bambu merupakan kawasan yang cantik untuk bergambar. Terdiri daripada beberapa konsep taman yang menarik. Antaranya sawah padi lereng bukit, taman bunga dan lain-lain.


11- Pasar Baru

Merupakan satu bangunan yang menempatkan beratus-ratus lot kedai. Sangat sesuai sekiranya korang ingin berbelanja. Boleh dikatakan semua barangan yang korang nak ada dalam bangunan Pasar Baru.

Untuk cerita penuh tentang perjalanan saya, korang boleh baca Trip Budget Bandung


Trip Budget Bandung - sewa kereta + supir - Tempat menarik (Part 1) Trip Budget Bandung - sewa kereta + supir - Tempat menarik (Part 1) Reviewed by Lah Mohd on 21:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.