Cara cepat ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport - Nothing to Somethings

Cara cepat ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport

Nak ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport?

Sedia maklum, Suvarnabhumi International Airport merupakan airport terbesar dan terbaru di Bangkok. Dihubungkan oleh Airport Rail Link (ARL), ia menjadikan airport ini lebih selesa dan mudah untuk anda ke bandar Bangkok. Dengan kekerapan ARL berlepas dan masa perjalanan yang singkat ia dapat menjimatkan masa perjalanan anda. Sebagai panduan berikut saya kongsikan cara ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport.

Landasan BTS di hadapan Siam Paragon

Cara cepat ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport

1- Setibanya di Suvarnabhumi, selesaikan urusan imigresen dan bag dan terus keluar ke lobi ketibaan. 
2- Di lobi ketibaan, dapatkan elevator untuk turun ke aras 1
3- Berpandukan kepada papan tanda terus ke ruang ARL 
4- Setibanya diruang ARL, dapatkan tiket dikaunter tiket yang disediakan. Anda boleh memilih sama ada untuk turun di stesen Phraya Thai atau Makkasan. Jika anda turun di Phraya Thai ia akan menghubungkan anda dengan laluan BTS manakala jika anda turun di Makkasan ia akan menhubungkan anda dengan MRT. Untuk makluman, kedua-dua stesen ini berada di bandar Bangkok.


Note: Sekiranya anda hanya ingin meneroka keindahan bandar Bangkok, di sarankan untuk anda turun di stesen Phraya Thai. Ini kerana, setibanya di sini anda boleh membeli day pass BTS yang boleh digunakan dalam tempoh sehari. Dalam kata lain, dengan satu tiket anda boleh naik dan turun sekerap mungkin train BTS. Selain itu, BTS ini juga menghubungkan anda dengan stesen Saphan Taksin iaitu stesen yang menghubungkan anda dengan terminal bot Choa Phara River.
Cara cepat ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport Cara cepat ke bandar Bangkok dari Suvarnabhumi International Airport Reviewed by Lah Mohd on 21:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.