Cara transfer duit guna mesin Deposit/ ATM MayBank - Nothing to Somethings

Cara transfer duit guna mesin Deposit/ ATM MayBank

Nak tranfer duit tapi takde MayBank2U, Boleh ke?

Tidak mempunyai perbankan atas talian(online), bukan menjadi masalah untuk anda melakukan transaksi kepada kenalan anda. Dalam hal ini, meskipun anda tidak mempunyai perbankan online anda tidak perlu ke kaunter atau mengisi sebarang borang. Ini kerana, semua urusan transfer ini boleh dilakukan di mesin deposit atau ATM sahaja. Untuk melakukan transfer ini, ianya tidaklah susah. Ini kerana anda hanya perlu menekan beberapa butang di skrin sahaja. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan caranya.



Cara transfer duit guna mesin deposit MayBank (Tanpa kad)

1- Tekan mana-mana butang atau skrin untuk aktifkan skrin

2- Pilih bahasa

3- Pilih YA

4- Pilih deposit tunai

5- Masukkan nombor akaun penerima & pilih Ya jika betul

6- Ringkasan penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih teruskan

7- Masukkan duit di ruang yang disediakan & pilih teruskan selepas duit dimasukkan

8- Ringkasan transaksi akan dipaparkan. Pilih terima jika betul. Pilih tambah sekiranya ingin tambah duit.

9- Ambil resit sebagai bukti transaksi. Selesai


Cara transfer duit guna mesin ATM MayBank (Dengan Kad)

1- Ke cawangan atau ATM MayBank terdekat

2- Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM

3- Pilih bahasa

4- Masukkan No Pin. Tekan teruskan

5- Pilih lain-lain urusniaga/ Pilih Pindahan

6- Pilih Pindahan antara Bank Meps/ pilih Pindahan Interbank Segera

7- Pilih Bank penerima. Anda perlu masukkan kod bank dan klik Teruskan/ YA. 

8- Masukkan nombor akaun penerima & sahkan

9- Masukkan jumlah & sahkan

10- Ringkasan maklumat penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih teruskan/ Ya

11- Selesai. Pastikan anda mengambil resit sebagai rekod transaksi dan kad ATM anda.

Note:
Cara ini mungkin akan sedikit berbeza dengan paparan di skrin mesin Deposit atau ATM MayBank. Ini memandangkan kedua-dua mesin ini sentiasa ditambah baik.
Cara transfer duit guna mesin Deposit/ ATM MayBank Cara transfer duit guna mesin Deposit/ ATM MayBank Reviewed by Lah Mohd on 10:38:00 Rating: 5

6 comments:

  1. Replies
    1. Masa nak transfer, di skrin ada dipaparkan Kod bank. Kod bank ni mewakili nama bank

      Delete
  2. Kalau nak transfer ke bank Indonesia mengunakan cdm atau atm boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yang ni saya tak pasti boleh tak. Sebab tak pernah buat transaksi antara negara berbeza

      Delete
  3. Klu nak transfer ke bank yg sama,step 6-7 tak perlu la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk step ni biasanya ada dipaparkan di skrin ATM, nanti ikut je step tu. Kalau berbeza pun mungkin sedikit sahaja mungkin disebabkan mesin dah upgrade atau guna mesin ATM bank lain

      Delete

Powered by Blogger.