Cara semak akaun yang aktif DuitNow guna Bank Islam - Nothing to Somethings

Cara semak akaun yang aktif DuitNow guna Bank Islam

Dah daftar DuitNow, tapi lupa pula akaun mana yang telah didaftarkan. Maklumlah akaun peribadi sahaja ada 6 di bank yang berbeza. Bunyinya pelik tapi ianya benar terjadi kepada salah seorang pelanggan saya. Duit dah ditransfer, tapi dinafikan daripada menerimanya. Setelah dibuat semakan dengan bank berkait, akhirnya benar duit telah masuk ke akaunnya. 

Untuk makluman, semakan ini boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana akaun online bank anda (Contoh, Cimb, MayBank etc). Caranya pula hampir sama sahaja. Bagi membantu anda, di sini saya kongsikan cara mudah untuk membuat semakan akaun yang aktif DuitNow guna Bank Islam. 

Cara semak akaun yang aktif DuitNow

1- Login akaun online anda

2- Klik setting

3- Klik DuitNow ID 
Paparan di bawah akan terhasil. Berdasarkan kepada maklumat di bawah, DuitNow saya telah di link kan dengan CIMB dengan menggunakan dua ID iaitu Mobile Number dan NRIC number. Jadi selain daripada menggunakan nombor akaun, saya boleh menerima sebarang transaksi dengan menggunakan No telefon dan No IC sahaja.

Cara semak akaun yang aktif DuitNow guna Bank Islam Cara semak akaun yang aktif DuitNow guna Bank Islam Reviewed by Lah Mohd on 21:57:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.