Cara guna DuitNow dengan CIMB - Nothing to Somethings

Cara guna DuitNow dengan CIMB

Sedia maklum kini bank di Malaysia telah memperkenalkan DuitNow sebagai cara transaksi terbaru mereka. Memandangkan saya telah beberapa kali melakukan transaksi guna DuitNow, dalam artikel ini saya kongsikan cara guna DuitNow.


Cara guna DuitNow

1- Daftar DuitNow

Bagi anda yang telah mempunyai akaun atas talian, untuk daftar DuitNow caranya cukup mudah. Pendaftaran ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja iaitu bagi membolehkan akaun anda di link kan ke ID anda. Untuk daftar DuitNow anda perlu:
i - Login ke akaun bank
ii- Klik setting (lebih mudah sekiranya guna dekstop view)
iii- Klik Register/ Update DuitNow ID
iv- Pilih ID yang ingin anda gunakan (no IC atau no telefon)
v- Klik YES untuk terima TnC dan klik save
vi- Klik request TAC dan submit

2- Cara transfer duit guna DuitNow

Untuk melakukan transaksi guna DuitNow, caranya cukup mudah. Ianya sama seperti transaksi online biasa. Untuk transfer duit guna DuitNow anda perlu:
i- Login ke akaun bank
ii- Klik transfer money
iii- Masukkan ID penerima (no IC atau no Telefon) di ruang no akaun
iv- Pilih DuitNow di bahagian Transfer type
v- Masukkan DuitNow ID di DuitNow ID type (No IC, No telefon etc)
vi- Masukkan jumlah yang ingin ditransfer
vii- Di bahagian TnC Klik Yes
viii- Klik Transfer Money
ix- Semak maklumat. Jika betul klik request TAC
x- Masukkan TAC dan klik submit

Note: Maklumat lanjut tentang DuitNow. Klik DUITNOW

Cara guna DuitNow dengan CIMB Cara guna DuitNow dengan CIMB Reviewed by Lah Mohd on 21:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.