Cara guna mesin layan diri Pos Laju - Nothing to Somethings

Cara guna mesin layan diri Pos Laju

Mesin layan diri Pos Laju?

Secara ringkasnya, mesin layan diri Pos Laju (atau Pos laju Prepaid EziDrop) merupakan mesin yang membolehkan anda melakukan pengeposan barang tanpa berlu ke kaunter. 

Dengan adanya mesin layan diri ini (Pos Laju Prepaid EziDrop), anda tidak lagi perlu beratur atau menunggu terlalu lama untuk urusan pengeposan barang. Dalam hal ini, semua urusan boleh diselesaikan dalam beberapa minit sahaja. 

Mesin layan diri pos laju
Mesin  layan diri Pos Laju (Pos Laju Prepaid Ezidrop)

Bagi anda yang pertama kali menggunakan mesin ini (Pos Laju Prepaid EziDrop), di sini saya kongsikan caranya;
1- Sentuh skrin untuk aktifkan skrin
2- Pilih Bahasa
3- Imbas nombor konsainan/ bar kod borang pos laju anda
4- Masukkan poskod penerima
5- Sahkan lokasi 
(lokasi penerima akan di paparkan di skrin berdasarkan poskod penerima yang di isi di langkah 4)
6- Sekiranya lokasi penerima betul, tekan "YA"
7- Masukkan bungkusan anda ke mesin layan diri
8- Tutup pintu mesin layan diri
9- Paparan imbas kod bas DRB Hicom akan dipaparkan. Sekiranya tiada tekan "TIDAK"
10- Selesai (pastikan anda mengambil resit sebagai bukti pengeposan)

Cara guna mesin layan diri Pos Laju Cara guna mesin layan diri Pos Laju Reviewed by Lah Mohd on 00:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.