Cara mudah belajar/ siapkan Master - Nothing to Somethings

Cara mudah belajar/ siapkan Master

Sedia maklum, untuk melanjutkan pengajian peringkat master anda mempunyai dua pilihan iaitu secara coursework ataupun secara thesis. Jadi, bagi membolehkan anda menyiapkan pengajian master dalam masa yang cepat, terlebih dahulu anda perlu mengetahui bentuk pengajian yang bakal anda hadapi dan syarat untuk bergraduat.

Konvokesyen ke-39 UPM

Mengikut pengalaman, mengambil master secara coursework adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan mengambil master secara thesis. Ini kerana, sekiranya anda mengambil master secara coursework, anda hanya perlu menghadiri kelas dan menyiapkan satu thesis ringkas. Keadaan ini hampir sama seperti anda belajar pada peringkat degree. 

Lebih menarik, bagi master secara coursework, untuk bergraduat anda hanya perlu mengambil minimum 40 jam kredit sahaja berbanding pada peringkat degree yang mana perlu mengambil lebih 100 jam kredit. 

Sebagi tambahan, bagi mengelakkan anda terbeban dengan kelas, biasanya anda hanya perlu mengambil 4 subjek (12 jam kredit) sahaja pada tiap semester dan boleh dikurangkan menjadi minimum 2 subjek (6 jam kredit) sahaja. 

Manakala, sekiranya anda mengambil master secara thesis, anda perlu mengambil beberapa subjek asas universiti (bergantung kepada universiti, ada antaranya tidak perlu) dan perlu menyiapkan satu thesis. Selari dengan peringkat pengajian anda, thesis juga perlulah lebih terperinci, kemas dan tersusun. 

Untuk bergraduat pula (master secara thesis), ada sesetengah universiti menetapkan syarat untuk anda menghantar/ menerbitkan artikel daripada objektif kajian. Dalam kata lain, untuk bergraduat, anda perlu menyiapkan tiga perkara iaitu (1) subjek teras, (2) thesis dan (3) terbitkan artikel. Lebih merumitkan apabila ada sesetengah universiti menetapkan syarat anda perlu menerbitkan artikel melalui penerbit yang mempunyai ranking tinggi (biasanya Q1 atau Q2).

Untuk makluman, bagi yang pertama kali ingin menerbitkan artikel ia bukan lah satu perkara yang mudah. Ini kerana, setiap penerbit mempunyai syarat mereka sendiri. Adakalanya ia mengambil masa yang agak lama untuk diterbitkan.

Note:
Setiap universiti menetapkan syarat berbeza untuk bergraduat. Bagi memudahkan proses pembelajaran dan bergraduat dalam masa yang cepat, pastikan anda membaca syarat yang ditetapkan universiti sebelum mendaftar sebagai pelajar.

Cara mudah belajar/ siapkan Master Cara mudah belajar/ siapkan Master Reviewed by Lah Mohd on 14:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.