Cara ke Cameron Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur - Nothing to Somethings

Cara ke Cameron Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur

Bagi anda yang berhajat untuk ke cameron Highlands, tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri atau tidak mempunyai lesen memandu, anda tidak perlu risau. Ini kerana, anda boleh ke Cameron Highlands dengan mengunakan bas. Caranya cukup mudah dan selesa. 

Dalam hal ini, meskipun terdapat beberapa terminal bas yang menghubungkan perjalanan ke Cameron Highlands, namun dalam artikel ini saya hanya akan kongsikan cara ke Cameron Highland dengan bas dari Kuala Lumpur sahaja. 

Bagi anda yang berada berada di luar Kuala Lumpur, untuk ke Cameron Highlands, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan bas daripada lokasi anda ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sekiranya lokasi anda dengan TBS memerlukan perjalanan yang panjang, disarankan untuk anda mengambil bas perjalanan malam. Ini kerana, setibanya di TBS anda hanya perlu menunggu beberapa jam sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands pada jam 8.30 pagi (bas pertama). 

Manakala, bagi anda yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar, untuk ke Cameron Highlands dengan menggunakan bas ianya cukup mudah. Dalam hal ini, anda hanya perlu ke terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan membeli tiket ke Cameron Highlands.

Masa perjalanan bas dari TBS ke Cameron Highlands

Dari TBS, perjalanan ke Cameron Highlands mengambil masa sekitar 3 jam sahaja dengan tambang sekitar RM35 sehala (dewasa). Bas akan melalui Bidor, Tapah dan akan menamatkan perjalanan di terminal bas Tanah Rata Cameron Highlands. 

Untuk makluman, dalam sehari terdapat 8 perjalan bas dari TBS ke Cameron Highlands iaitu bermula jam 8.30 pagi dan bas terakhir berlepas pada jam 5 petang. 

Note:
Memandangkan anda ke Cameron Highlands dengan menggunakan bas, disarankan untuk anda menginap di hotel di sekitar terminal bas sahaja. Namun, sekiranya anda menginap jauh dripada terminal bas, anda boleh sahaja meminta teksi menghantarnya. 

Cara ke Cameron Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur Cara ke Cameron Highlands dengan bas dari Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 21:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.