Cara mendaftar Google Adsense - Nothing to Somethings

Cara mendaftar Google Adsense

Google Adsense??

Mungkin ada yang tertanya, apakah Google Adsense dan bagaimana ia berfungsi. Secara ringkasnya Google Adsense merupakan satu platform yang memberikan anda peluang untuk jana pendapatan bila ada orang klik pada iklan yang disiarkan di blog anda. Pendaftaran adalah percuma dan bayaran yang anda akan terima adalah dalam bentuk USD. Untuk maklumat lanjut tentang Google Adsense anda boleh baca dari blogger lain. Apa yang saya nak kongsikan adalah tentang cara mendaftar Google Adsense. 

Google Adsense
Google Adsense

Prosedure untuk mendapatkan Google Adsense boleh dikatakan agak rumit. Saya sendiri sudah lebih 5 kali memohon baru berjaya. Untuk mendaftar Google Adsense anda boleh ikuti langkah mudah berikut.


Cara mendaftar Google Adsense kali pertama

Untuk pendaftaran kali pertama anda perlu

Login ke blog > klik Earnings > Sign up for Adsense > Yes, proceed to Google Account sign in > continue dan isikan beberapa maklumat berkait sehingga anda klik submit > Selesai

Tapi sekiranya ikon "Sign up for Adsense" masih belum ada, maksudnya anda belum layak untuk daftar Adsense. Untuk melayakkan blog anda daftar Adsense anda perlu tambah bilangan artikle sehingga ikon tersebut muncul. 

Note: Biasanya emel maklum balas tentang status permohonan boleh diketahui dalam masa kurang dari 48 jam.


Cara daftar Google Adsense kali kedua dan berikutnya

Pendaftaran kali kedua dan seterusnya hanya boleh digunakan sekiranya permohonan pertama anda ditolak Adsense. Sekiranya permohonan pertama anda dah lulus, sila abaikan step ni. Untuk membuat permohonan ulangan anda boleh gunakan akaun yang sama. Untuk membuat permohonan anda perlu:

Login Blog > Pilih Earnings pada dashboard > Visit Adsense for details of my earnings > ikuti beberapa step sehingga anda klik save and continue (rujuk gambar di bawah) > Selesai

Google Adsense
Google Adsense

Cara mendaftar Google Adsense Cara mendaftar Google Adsense Reviewed by Lah Mohd on 20:42:00 Rating: 5

1 comment:

  1. Terima kasih,info tentang,saya sedang tercari-cari, akhirnya jumpa.Thanks.👍🏻

    ReplyDelete

Powered by Blogger.