Cara membeli tiket bas secara online - Bas Sani Express - Nothing to Somethings

Cara membeli tiket bas secara online - Bas Sani Express


Alhamdulillah, semakin hari urusan harian menjadi semakin senang. Kalau dulu untuk membeli tiket bas kita perlu ke kaunter tiket dan beratur panjang, sekarang tidak lagi. Dengan berkembangnya teknologi, segala urusan pembelian tiket dapat diselesaikan di hujung jari sahaja. Selain dapat mengurangkan kos minyak atau bayaran teksi/bas/train, kita juga mampu jimatkan masa. 

Untuk membeli tiket bas secara online, caranya adalah sangat senang. Secara amnya, langkah untuk membeli tiket bas secara online adalah hampir sama bagi semua syarikat pengendali bas. Tetapi dalam entry ni saya hanya kongsikan 6 langkah mudah untuk membeli tiket bas Sani Express secara online.

Cara membeli tiket bas online

1- Buka website Sani Express

Langkah pertama sebelum korang memulakan proses pembelian tiket korang perlu buka website bas yang korang nak naik. Sebagai contohnya Sani Express. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan service dari Sani Express sebab bas sentiasa menepati masa. Jarang sekali bas lewat dari jadual perjalanan.

Lepas korang dah buka website Sani Express korang klik "beli tiket".


2- Daftar pengguna

Selepas korang dah klik "beli tiket" page kat bawah akan keluar. Klik "sign-up"(kalau korang belum daftar pengguna/ahli) dan klik login (kalau korang dah daftar pengguna/ahli).


3- Login

Page kat bawah akan keluar lepas korang dah klik login atau Sign-up. Kalau korang dah daftar sebagai pengguna, masukkan ID dan password dan login. Kalau korang belum daftar sebagai pengguna, korang isikan maklumat dekat ruang registration dan klik "confirm & continue". Korang perlu ikut beberapa langkah mudah sehingga proses daftar selesai. Lepas dah selesai daftar, korang boleh login.


4- Pilih destinasi, tarikh dan masa perjalanan

Lepas korang dah berjaya daftar pengguna dan login, page kat bawah akan keluar. Untuk membeli tiket korang perlu pilih jenis perjalanan korang sama ada sehala atau dua hala. Lepas korang dah pilih jenis perjalan,korang perlu masukkan destinasi berlepas dan tiba. Masukkan juga tarikh perjalanan. Lepas semua maklumat dah lengkap klik next.

Paparan masa perjalanan bas akan keluar di sebelah kanan. Langkah seterusnya korang perlu pilih masa perjalanan bas dengan klik kepada masa yang korang nak. Lepas dah pilih klik next.


5- Pilih tempat duduk

Lepas korang dah pilih masa perjalanan, korang perlu pilih tempat duduk. Klik pada nombor kerusi yang korang nak. Masukkan nama dan nombor Hpone di ruang berkait dan klik next.


6- Buat bayaran

Lepas korang klik next, ringkasan bayaran di bawah akan keluar. Pastikan maklumat perjalan adalah betul. Untuk membuat bayaran korang boleh pilih sama ada menggunakan prepaid, web cash, credit card atau online banking. Lepas dah pilih korang klik next dan ikuti beberapa langkah mudah seperti diarahkan.

Bagi saya, saya lebih suka menggunakan online banking kerana cepat dan mudah.


Selesai.



Cara membeli tiket bas secara online - Bas Sani Express Cara membeli tiket bas secara online - Bas Sani Express Reviewed by Lah Mohd on 20:01:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Salam,

    Saya ada pertanyaan. Untuk tiket, adakah kita hanya perlu print tiket yang disediakan online atau kita perlu ke kaunter untuk mengambil tiket lain?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Maaf, saya tak pasti blh tak guna tiket yg di print sbb saya tak pernah print dan biasanya sblm naik bas saya akan ambil tiket di kaunter. Utk ambil tiket cik/puan hanya perlu tunjukkan nombor tempahan/ maklumat tempahan sahaja.

      Tapi kalau cik/puan naik bas d TBS, cik/puan memang wajib tukar d kaunter.

      Delete
  2. Salamm..nk tny..prepaid die beli kat mne..ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam
      Prepaid saya tak pasti mcm mana nak guna sbb sy biasa beli guna online banking

      Delete
  3. salam..
    nak tanya kalau kita dh pilih seat then nk buat payment, tetiba error.. bila kita cari seat yg kita nak tu dah xboleh.. camne nak dapatkan seat tu balik ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.
      Yg ni x sure mcm mana sbb biasanya saya beli seat lain je, sbb kalau tunggu mungkin tiket akan habis dijual.

      Delete
  4. Utk beli tiket memang utk seorg je ke. Klu saya nk hendak beli 4 tiket mcmane ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.