Khasiat Daun Rerama - Nothing to Somethings

Khasiat Daun Rerama

Tidak dinafikan, ada perbezaan sebelum dan selepas saya mencuba air minuman herba daun rerama dan teh rerama. Terasa lebih cergas dan tidak mengantuk. Tapi yang tak menariknya harga herba daun rerama/uncang teh rerama agak mahal. W/pun begitu korang boleh gunakan herba/uncang yang sama untuk beberapa kali penggunaan sehingga warnanya sudah tidak kelihatan. 

Menurut pengalaman saya, penggunaan uncang teh rerama lebih senang untuk disediakan berbanding rebusan herba daun rerama. Ini kerana, herba daun rerama biasanya perlu direbus dalam tempoh yang lebih lama dan kuantiti air yang banyak. Selain itu lebihan air rebusan perlu di simpan di dalam peti ais agar airnya tidak menjadi busuk. 

Berbeza dengan penggunaan uncang teh daun rerama yang mana korang boleh bancuh untuk sekali minum dan uncangnya disimpan selepas ditoskan airnya untuk penggunaan kali kedua dan seterusnya. 

Berikut merupakan secara ringkas fakta dan khasiat daun rerama hijau:

Khasiat Daun Rerama

"Butterfly Wing" atau lebih dikenali sebagai Daun Rerama @ Daun Rama-Rama merupakan sejenis tumbuhan renek yang tumbu di rantau Asia. Secara umumnya terdapat pelbagai spesis daun rerama, tetapi untuk tujuan perubatan hanya daun Rerama hijau sahaja di iktiraf.

Menuruk kajian saintifik daripada Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, daun rerama mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang sesuai untuk tujuan perubatan. (Laporan Penuh)

Manakala, menurut laporan makmal daripada Institut Bioteknologi Melaka, daun rerama mempunyai lebih daripada 10 sebatian.

Laporan Buletin Utama TV3 tentang khasiat daun Rerama


Buat masa ini terdapat dua cara penggunaan daun rerama iaitu:
1- Teh daun rerama
2- Rebusan daun rerama

Khasiat Daun Rerama Khasiat Daun Rerama Reviewed by Lah Mohd on 19:07:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Assalammualaikum . Maklum cara cara pengeringan dan sukatan untuk sekali minum. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..td da nk bli teh rerama tp ktanye org skt jntung xblh mnum btl ke..tp sy google blh plk..pening������

    ReplyDelete

Powered by Blogger.