Cara membeli Travel Insurance - Nothing to Somethings

Cara membeli Travel Insurance

Travel Insurance!

Mesti ramai kan antara kita yang tidak pernah membeli atau mengambil tahu tentang travel insurance semasa bercuti terutamanya semasa ke luar negara. Mungkin ada yang beranggapan ianya perkara biasa, tidak perlu dirisaukan dan satu pembaziran. 

Jawapan yang sama mungkin akan saya berikan sekiranya ditanya kepada saya sebelum tahun 2016. Ini kerana, sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu tentang travel insurance dan seumpamanya. Kebiasaannya, hanya hal-hal berkait dengan hotel, pengangkutan dan makanan halal menjadi keutamaan.

Tapi selepas berlakunya kes kematian warga Malaysia di Vietnam sekitar April 2016, tanggapan saya berubah sama sekali. Travel Insurance sangat lah penting untuk di ambil sebelum memulakan sebarang percutian dan merupakan antara perkara pertama yang saya uruskan sebelum menempah hotel. Ini kerana, sekiranya berlaku kemalangan atau kematian, risikonya adalah tinggi sekiranya tidak mempunyai insurance. Seperti di lapor di dada akhbar, kos membawa pulang jenazah ke Malaysia menelan belanja puluhan ribu ringgit. Jadi dengan adanya Travel Insurance, sekurang-kurangnya masalah tersebut boleh diminimumkan.

Selain itu, Travel Insurance penting untuk dimiliki kerana ianya mempunyai pelbagai fungsi lain. Antaranya untuk membuat tuntutan apabila berlakunya kehilangan bagasi, pembatalan atau kelewatan berlepas, pembatalan percutian disebabkan kes-kes kecemasan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut korang boleh baca senarai perlindungan yang ditawar oleh syarikat insurance.

Jadi, adakah korang masih ingin mengambil risiko?

Mengikut pengalaman, kos untuk membeli Travel insurance tidak lah mahal. Harga premium insurance bergantung kepada lokasi, tempoh percutian dan jenis perlindungan yang korang pilih. Korang juga boleh pilih sama ada untuk membeli premium secara tahunan atau per trip, single atau family.

Sekiranya korang jenis yang suka travel, premium secara tahunan adalah sesuai. Ini kerana dengan sekali bayar korang boleh travel banyak kali. Secara purata harga sedikit mahal berbanding premium per trip iaitu sekitar RM200 dan keatas setahun

Berbeza dengan premium per trip, harga yang dibayar hanya sah untuk sekali trip. Secara puratanya, dengan mengeluarkan budget serendah RM50 korang sudah mampu untuk memiliki satu policy travel insurance.

Selain daripada harga yang murah, proses untuk membeli Travel Insurance sangat lah mudah. Ini kerana urusannya boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja. W/pun begitu, ada sesetengah syarikat travel insurance tidak menyediakan perkhidmatan atas talian (online). Jadi terpulang kepada korang sama ada untuk membeli premium secara atas talian atau walk-in.

Memandangkan baru-baru ini saya telah membeli insurance daripada AXA Travel Insurance secara atas talian (online), jadi dalam artikle ni saya hanya kongsikan cara untuk membeli Travel Insurance tersebut.

Cara membeli AXA Travel Insurance secara online

1- Buka laman web AXA Travel Insurance. (Pastikan korang buka AXA Travel Insurance Malaysia/ mengikut negara korang)
2- Scroll ke bawah dan klik "buy now". 
3- Untuk mendapatkan quotes harga yang perlu dibayar, masukkan maklumat yang berkait. Antaranya, jenis trip (single atau annual), tarik berlepas dan pulang, destinasi percutian, jenis perlindungan (individual atau family) dan bilangan. 
4- Selesai isi maklumat di atas, klik "get quote"
5- Pilihan harga dan jenis perlindungan akan dipapar. Pilih jenis perlindungan yang korang nak. "VIP" atau "Classic". 
6- Isikan maklumat peribadi. Pastikan semua maklumat yang di isi adalah betul.
7- Sekiranya korang setuju dengan perlindungan yang ditawarkan, tick kotak agreement. (Sila baca agreement sebelum tick)
8- Selesai tick kotak agreement klik "proceed to payment"
9- Paparan tentang maklumat diri akan dipaparkan sekali lagi, Pastikan semua maklumat adalah betul dan klik "proceed to payment"
10- Paparan tentang maklumat bayaran akan dipapar. Isikan maklumat yang berkait dan klik "submit" untuk membuat bayaran
12- Selesai - Maklumat policy dihantar ke email.

Selain daripada syarikat ni, korang juga boleh beli insurance dari senarai di bawah. Maklumat ni saya dapat dari bacaan blog lain. Antaranya syarikat lain yang menawarkan Travel Insurance adalah:
1- AIG Travel Insurance
2- Etiqa Travel Insurance (Takaful)
3- Nomad Travel Insurance (dalam USD)
4- Allianze Travel Insurance

Peringatan:
Sebelum membeli travel insurance pastikan korang baca dahulu jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan. Ini kerana tidak semua syarikat insurance memberi perlindungan kepada semua aktiviti yang korang lakukan terutamanya aktiviti sukan atau sukan extreem. Jadi, sekiranya korang ingin melakukan aktiviti sukan atau sukan extreme semasa bercuti pastikan korang beli insurance yang memberi perlindungan kepada aktiviti tersebut. 

Mengikut bacaan saya, daripada senarai di atas hanya Nomad Travel Insurance dan Allianze Travel Insurance yang menawarkan perlindungan untuk sukan dan sukan extreme. Perlindungan yang ditawarkan oleh Nomad untuk aktiviti sukan atau sukan extreme boleh dikatakan agak menyeluruh. W/pun begitu, harga yang ditawarkan oleh Nomad agak mahal berbanding dengan Allianze kerana dalam unit USD. Jadi korang boleh la pilih mengikut kesesuain budget dan aktiviti yang bakal korang lakukan.

Contoh aktiviti extreme:
1- Bungee jump
2- Sky diving
3- Water raffling
4- Scuba diving
5- dan lain-lain


Note: 
Sekiranya anda membuat belian insurance sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan, sekiranya berlaku pembatalan perjalanan disebabkan kecederaan atau kematian, anda boleh membuat tuntutan dari AXA Travel insurance. (rujuk policy AXA travel insurance).

Cara membeli Travel Insurance Cara membeli Travel Insurance Reviewed by Lah Mohd on 08:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.