Soothing & Moisture Aloe Vera 92% (Product review) - Lokasi outlet/branch Nature Republic di Malaysia - Nothing to Somethings

Soothing & Moisture Aloe Vera 92% (Product review) - Lokasi outlet/branch Nature Republic di Malaysia

Soothing & Moisture Aloe Vera 92% - Nature Republic
Soothing & Moisture Aloe Vera 92% - Nature Republic

Dah lama sebenarnya saya mencari produk yang sesuai untuk kulit. Niat bukan la untuk kelihatan seperti lelaki maskulin tetapi sekadar untuk merawat luka dan parut jerawat. Alhamdulillah, selepas gigih men'google' saya memperolehi maklumat berkenaan Aloe Vera gel atau lebih spesifik Soothing & Moisture Aloe Vera 92%. 

Mula-mula agak was-was, tapi bila baca review dan melihat produk ni bebas pewarna dan paraben terus terasa yakin. Produk ni famous kat Korea. Kat Malaysia kalau nak beli di outlet/branch, produk ni susah nak dapat. Tapi kalau korang beli online memang senang dapat. Cuma saya tidak pasti dengan kualiti dan keaslian produk. Maklum la banyak seller. Oh ya, sebelum terlupa, produk ni adalah keluaran Nature Republic. 

Perkara yang lebih merisaukan saya bila nak beli online adalah, kalau di teliti di Webpage Nature Republic, tak ada Soothing & Moisture Aloe Vera yang 98%, dan lain-lain. Yang ada hanya Soothing & Moisture Aloe Vera 92%. Tapi di online store banyak pihak yang menawarkan Soothing & Moisture Aloe Vera 98%. Jadi dengan gigih saya men'google' lagi untuk dapatkan maklumat tentang lokasi outlet/branch kat Malaysia. 

Akhirnya selepas beberapa hari men'google' rupanya kat Malaysia ada beberapa outlet. Antaranya di LG-102B IOI mall Putrajaya, Lot S201 One Utama Shopping Centre, Lot 01-46 Times Square dan L2-33 Cheras Leisure Mall. Tempat yang saya biasa pergi adalah IOI Putrajaya. Lot kedia ni dekat dengan West Entrance.

Note: Maklumat ni saya google sekitar awal bulan 7.

Selepas seminggu menggunakan produk ni, saya dah boleh nampak perubahan. Jerawat dah mula mengecut dan parut semakin pudar. Saiz bekas Soothing & Moisture Aloe Vera 92% adalah 300ml. Bekas dia besar. Kalau korang pakai kat muka je rasanya boleh tahan 3 bulan. Setakat saya guna ni dah hampir sebulan 100ml pun tak habis lagi. 

Rasanya saya berpuas hati dengan produk ni sebab selepas hampir sebulan saya guna, belum ada kesan sampingan. Gel ni berbau wangi, berwarna cerah dan tidak melekit bila dipakai. Dan lebih menarik, korang boleh pakai di rambut, badan dan lain-lain. Harga pula sekitar RM30 sahaja. 

Kalau korang nak tahu detail tentang Nature Republic dan produk yang ditawarkan korang boleh baca Di Sini. Kalau ikutkan banyak produk yang di keluarkan oleh Nature republic, tapi saya lebih yakin menggunakan produk yang berasaskan Aloe Vera sahaja.


Lokasi outlet/ branch Nature Republic di Malaysia

Ni merupakan sebahagian outlet Nature Republic yang saya tahu. Antaranya:
1- LG-102B IOI mall Putrajaya
2- S201 One Utama Shopping Centre
3- Lot 01-46 Berjaya Times Square
4- L2-33 Cheras Leisure Mall
5- LG 1-89 Sunway Piramid
6- First Floor Mahkota Parade, Melaka
7- 1F-131 Queensbay Mall Pulau Pinang

Soothing & Moisture Aloe Vera 92% (Product review) - Lokasi outlet/branch Nature Republic di Malaysia Soothing & Moisture Aloe Vera 92% (Product review) - Lokasi outlet/branch Nature Republic di Malaysia Reviewed by Lah Mohd on 18:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.