Cara mohon pembahagian/ perbicaraan Pusaka Online - Nothing to Somethings

Cara mohon pembahagian/ perbicaraan Pusaka Online

Pembahagian pusaka?

Sedia maklum, pembahagian pusaka biasanya dilakukan oleh waris si mati selepas kematian orang tersayang. Senarai harta peninggalan pusaka biasanya akan dikumpul terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada waris yang layak. Pembahagian ini dilakukan sama ada secara sama rata melalui persetujuan semua waris, ataupun melalui pembahagian faraid. Pembahagian yang adil adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham atau pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga atau waris.

Memandangkan pada 2022 saya telah kehilangan insan tersayang (Ayah), dan beliau ada meninggalkan sedikit harta berbentuk tanah, jadi dalam artikel ini, saya akan kongsikan pengalaman saya menguruskan permohonan pembahagian pusaka tanah. Untuk makluman, sebelum harta pusaka (tanah) dibahagikan antara waris, pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online dan perlu menghantar dokumen berkait ke pejabat pembahagian pusaka. Untuk panduan dan rujukan bersama, berikut saya kongsikan caranya.


Cara mohon pembahagian harta pusaka di Kelantan


2- Paparan dibawah akan terhasil. Jika anda belum mempunyai akaun pengguna bersama MyeTaPP, klik 'Daftar Akaun Baru'. Sekiranya anda telah mempunyai akaun pengguna bersama MyeTaPP, anda boleh terus ke langkah 4.


3- Selepas anda klik 'Daftar Akaun Baru', Paparan dibawah akan terhasil. Isikan maklumat berkait dan klik 'Hantar'.


4- Sekiranya anda telah mempunyai akaun pengguna bersama MyeTaPP, masukkan MyID dan Kata Laluan anda.


5- Selepas anda berjaya Log-in, paparan dibawah akan terhasil. Pada bahagian 'Pusaka Kecil' klik 'Permohonan baru (Seksyen 8)


6- Selepas anda klik 'Permohonan baru', paparan dibawah akan terhasil. Klik 'Ada Harta Tak Alih'.


7- Paparan dibawah akan terhasil. Anda perlu mengisi maklumat anda sebagai pemohon dan maklumat si mati. Klik hantar selepas ruangan di isi.


8- Langkah seterusnya, anda perlu mengisi maklumat Waris, Harta dan beberapa maklumat lain yang berkait. Semua maklumat ini perlu di isi dengan tepat seperti yang tercatat di dokumen asal. Pada bahagian tertentu, anda perlu muat naik dokumen (cth pada bahagian harta tak alih). Maklumat yang perlu di isi adalah seperti paparan dibawah. 


9- Selepas semua maklumat dan dokumen disertakan, buat semakan untuk pastikan semua maklumat adalah tepat.


10- Sekiranya semua maklumat telah dikemukakan di dalam borang online, klik 'Pengesahan Permohonan'. Pada bahagian ini, anda perlu tick ruang berkait dan klik hantar.


11- Selepas anda klik hantar, anda perlu download Borang A (yang telah lengkap di isi tadi), print dan hantar ke alamat yang dinyatakan. 


12- Selepas semua dokumen dihantar ke alamat yang dinyatakan, Tunggu sehingga borang anda diproses. 

Perbicaraan tanah, akan saya kongsikan selepas borang saya selesai diproses...

Note:
Status permohonan anda boleh disemak dari semasa ke semasa di website MyeTaPP. Caranya cukup mudah, pada bahagian menu anda hanya perlu klik Pusaka Kecil > Status Permohonan.



Cara mohon pembahagian/ perbicaraan Pusaka Online Cara mohon pembahagian/ perbicaraan Pusaka Online Reviewed by Lah Mohd on 12:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.