Ayam goreng masak cili - Nothing to Somethings

Ayam goreng masak cili

Ayam goreng masak cili
Ayam goreng masak cili 

Bahan untuk masak ayam goreng masak cili:

  • 6-7 ketul ayam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Minyak masak
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Air

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 sudu besar cuka

Cara masak ayam goreng masak cili:

  1. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak masak. Gorengkan ayam separuh garing. Angkat, tos dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak masak yang sama, buangkan sedikit. Tumis bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Jika ingin berkuah, boleh tambahkan sedikit air. 
  5. Masukkan serai dan daun limau purut.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Note: 

Cadangan menu sesuai untuk 2-3 orang makan
Ayam goreng masak cili Ayam goreng masak cili Reviewed by Lah Mohd on 12:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.