Cara mohon lesen premis perniagaan dengan Majlis Daerah - Nothing to Somethings

Cara mohon lesen premis perniagaan dengan Majlis Daerah

Lesen buka premis perniagaan?

Sedia maklum, lesen perniagaan (Sijil SSM) dan lesen buka premis perniagaan merupakan dua perkara berbeza. Dalam hal ini, lesen perniagaan dimohon melalui SSM manakala lesen buka premis dimohon melalui Majlis Daerah di mana lokasi premis ingin dibuka.


Macam mana nak mohon?

Untuk memohon lesen buka premis, anda hanya perlu ke Majlis Daerah dimana lokasi pernigaan anda ingin dijalankan. Dalam hal ini, anda perlu dapatkan borang permohonan lesen premis, isi dan hantar semula ke lokasi yang sama. 

Antara dokumen yang perlu dihantar untuk memohon lesen buka premis:
1- Borang permohonan lesen premis (boleh diperoleh di Majlis daerah)
2- Borang A - Pendaftaran perniagaan (Sijil SSM)
3- Pelan lokasi premis
4- Pelan lantai premis (dalam ukuran meter)
5- Sijil kelayakan menduduki bangunan/ sementara (CF/ TCF)
6- Gambar pemohon
7- Salinan kad pengenalan
8- Salinan geran tanah
9- Surat perjanjian (jika bangunan/ tanah disewa)
10- Senarai nama pengendali/ pembantu, salinan kad pengenalan, dan gambar bersaiz passport (jika perniagaan makanan)
11- Carta proses pengeluaran (jika pengilang/ pemproses)

Manakala jika anda ingin memohon lesen iklan atau papan tanda anda perlu kepilkan bersama:
1- Contoh kandungan iklan yang telah disahkan penggunaan bahasa oleh DBP
2- Pelan lokasi (bagi iklan tepi jalan)
3- Gambar tapak cadangan (jika ada)
4- Pelan struktur binaan yang diperakui jurutera/ arkitek bertauliah
5- Salinan sijil insurans tanggungan awam (jika ada)
6- Salinan lesen menduduki sementara daripada Pejabat Tanah Daerah (jika ada)


Note: 
1- Keperluan dokumen sokongan mungkin berbeza bagi setiap negeri.
2- Sekiranya bangunan anda tidak mempunyai sijil CF/ TCF anda boleh membuat permohonan sijil CF/ TCF melalui Majlis Daerah. 

Cara mohon lesen premis perniagaan dengan Majlis Daerah Cara mohon lesen premis perniagaan dengan Majlis Daerah Reviewed by Lah Mohd on 12:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.