Cara jual gambar di Shutterstock - Nothing to Somethings

Cara jual gambar di Shutterstock

Shutterstock?

Sedia maklum, Shutterstock merupakan antara platform jual beli gambar online terbesar selain beberapa platform online lain. Dalam kata lain, dengan adanya Shutterstock anda boleh menjual koleksi gambar peribadi anda dan menerima bayaran dalam nilai USD. Meskipun nilai jualan bagi setiap gambar adalah kecil, namum sekiranya anda mempunyai ratusan gambar yang unik dan diminati pembeli, maka anda akan menerima satu pulangan yang besar.


Apakah model kamera yang diperlukan untuk menjadi seller di Shutterstock?
Dengan hanya menggunakan smartphone, anda sudah boleh menjadi seller di Shutterstock. Dalam era teknologi sekarang, saya percaya ramai diantara kita memiliki telefon pintar yang canggih. Adalah rugi sekiranya anda memiliki telefon pintar yang canggih tetapi anda tidak mampu untuk menjana sumber pendapatan daripadanya.

Shutterstock Contributor homepahe

Bagaimana cara untuk jual gambar di Shutterstock?

Bagi anda yang pertama kali ingin melakukan jualan di Shutterstock, caranya sangatlah mudah. Anda hanya perlu mendaftar sebagai penjual dan seterusnya melakukan jualan apabila akaun Shutterstock anda diluluskan. Mengikut pengalaman peribadi, untuk mendaftar sebagai penjual dan mendapat kelulusan di Shutterstock ianya tidaklah sukar. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah dan seterusnya menunggu sehingga menerima email kelulusan dari Shutterstock.

Dalam hal ini, saya hanya perlu menunggu kurang daripada 12 jam sahaja untuk mendapat kelulusan menjadi penjual di Shutterstock. Bagi membantu anda mendaftar dan memperolehi kelulusan cepat dari Shutterstock, berikut saya kongsikan caranya.



Cara daftar sebagai penjual di Shutterstock

1- Buka website Shutterstock dan klik 'Sell content" atau klik pautan ini > SHUTTERSTOCK (untuk cepat mendapat kelulusan)

Shutterstock

2- Klik Sign Up

Shutterstock

3- Isikan maklumat peribadi dan klik next sehingga pendaftaran anda berjaya. Antara maklumat yang perlu di isi ialah, nama, nama nickname, alamat email dan password.

Shutterstock

4- Upload gambar terbaik yang anda miliki. Dalam hal ini, Shutterstock hanya menerima gambar dengan saiz minimun 4MP. Untuk makluman anda, gambar yang diambil menggunakan hpone juga diterima asalkan ianya jelas dan tidak pecah apabila di zoom-in.

Selepas gambar di upload, biasanya gambar anda akan terus di review. Mengikut pembacaan saya, semasa proses review anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu gambar yang diterima oleh Shutterstock. Jika tiada gambar yang diterima, anda boleh meneruskan upload gambar sehingga ada gambar yang diterima Shutterstock.

Bagi memudahkan anda mendapat kelulusan, dinasihatkan untuk anda memuatnaik gambar dari pelbagai kategori. Contoh, haiwan, pantai, bangunan dan sebagainya.

5- Menunggu jawapan kelulusan. 
Langkah terakhir adalah menunggu email jawapan. Mengikut pengalaman peribadi, saya menerima email makluman kelulusan pada hari yang sama saya memohon iaitu kurang dari 12 jam.

Email kelulusan dari Shutterstock

6- Tahniah, anda berjaya menjadi seorang seller di Shutterstock


Note: 
Bagi membantu anda memilih gambar yang sesuai untuk diupload ke Shutterstock, disarankan untuk anda melihat contoh gambar di Galeri Shutterstock

Note:
Untuk menerima bayaran jualan dari Shutterstock anda boleh memilih sama ada untuk menerinya melalui Paypal, Payoneer atau Skrill.

Baca juga: Cara buka akaun Paypal
Cara jual gambar di Shutterstock Cara jual gambar di Shutterstock Reviewed by Lah Mohd on 11:48:00 Rating: 5

31 comments:

  1. Kalau nak buka akaun paypal tu, ada apa-apa risiko pada akaun bank kita tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak pasti. Tapi saya sarankan jangan linkkan paypal dgn akaun bank

      Delete
    2. Assalamualaikum.kalau dah jual gambar di shutterstock. Acc PayPal buat persendirian ke?

      Delete
  2. Hye, mcm mane nak tau yang gmbr kite tu ade orang beli atau tak? And mcm mane nak communicate dgn buyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, nanti dalam akaun kita pihak shutterstock akan rekod jumlah jualan kalau ada org dh beli. Kita tak perlu communicate dgn buyer sbb shutterstock dh uruskan

      Delete
  3. assalamualaikum, ni hao.
    saya nak upload gambar menggunakan PC, jenuh sy cari, tapi tak jumpa kat mana nak upload tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sy biasa upload guna hpone je. x pernah guna PC

      Delete
  4. Salam Tuan, macam mana nak tentukan harga ya di shutterstock ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Harga biasanya pihak shutterstock yg tentukan

      Delete
  5. hi. perlu bayar untuk upload gambar ??

    ReplyDelete
  6. Hi,perlu ditulis penerangan apa apa tak berkenaan gambar tu. Atau just ambil gambar dan post sahaja. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Ya, perlu tulis penerangan ringkas. Minimum dalam 5 perkataan je

      Delete
  7. terima kasih share ilmu . sy surirumah nak try buat ni

    ReplyDelete
  8. Nak tanya kalau nak create account Paypal guna account bank sendiri selamat ke atau ada suggestion ? Dan nak tanya ada had umur eh untuk create account sebab saya 21 tak boleh pula, lepas tu nak tanya document number tu number ic ke ?

    anyway , thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, tapi dicadangkan buka akaun paypal sendiri. Dah siap baru link kan dengan akaun bank tempatan. Boleh search je kat google tutorial buka akaun paypal dengan bank tempatan. Banyak website dan video percuma yang orang ajar. Siap ada panduan Rm 50 ringgit lagi untuk buka akaun paypal dulu.

      Delete
  9. nak tanya kalau saya yang masih bersejkolah ni boleh tak nak jual jugak

    ReplyDelete
  10. hi mcm mana nk tahu acc shutter stock kita dh boleh guna utk jual gambar? masa register acc , kite kena ad buat pembayaran pape ke ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa register tak perlu buat apa-apa bayaran.
      Akaun boleh guna untuk jual gambar selepas akaun kita dh aktif dan gambar yg di hantar di approve oleh pihak shutterstock

      Delete
  11. hai, akan dikenakan tax apabila gambar terjual sahaja kan? tax ni per month atau per year?

    ReplyDelete
  12. As salam tuan.perlukah sy link kad bank dlm akaun paypal tu ye.maaf br nx blaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Untuk peringkat awal tidak perlu link kad bank. Nanti dah nak keluarkan duit baru link kad bank

      Delete
  13. Assalamualaikum,saya baru nak belajar selok belok menjana wang dalam talian,syana nak tau,shutterstock ni bole terima hasil seni tak? selalu nmpk dalam freepik ,atau dia meluas sebenarnya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.,
      Yang ni saya tak pasti sbb belum cuba. Biasa upload gambar yang diambil dari kamera je

      Delete
  14. Assalam, nak tanya shutterstock ni ada apps dia sendiri ke? or hanya kena pergi website?

    ReplyDelete
  15. Macam mana nak aploid gambar btw guna phone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Install dulu apps, nt bila dh install klik stat here/ upload. pilih gambar, masukkan caption etc dan upload/ submit.

      Delete

Powered by Blogger.