Cara buka akaun PayPal - Nothing to Somethings

Cara buka akaun PayPal

Paypal?

Sedia maklum Paypal merupakan satu platform yang disediakan oleh sebuah syarikat di Amerika bagi menyokong urusan pindahan wang di seluruh dunia. Dalam kata lain, Paypal digunakan bagi menggantikan kaedah pindahan wang secara manual kepada kaedah eletronik. 

Meskipun Paypal telah lama wujud, namun saya percaya tidak semua daripada kita mempunyai akaun Paypal. Ini mungkin disebabkan Paypal bukan satu keperluan. Namun sekiranya anda menjalankan urusan perniagaan online rentas sempadan, maka secara automatik anda perlu memiliki akaun Paypal untuk tujuan menerima dan melakukan pembayaran. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual gambar di Shutterstock, maka untuk menerima bayaran anda perlu mempunyai akaun Paypal. Bagi membantu anda yang pertama kali ingin membuka akaun Paypal, berikut saya kongsikan caranya.  

Paypal


Cara buka akaun Paypal

1- Buka website Paypal 

Untuk membuka akaun Paypal, langkah pertama anda perlu ke website Paypal dan klik 'Sign Up'

Paypal

2- Pilih jenis akaun

Pada bahagian ini Paypal memberi pilihan sama ada untuk membuka akaun persendirian atau perniagaan. Sekiranya anda ingin membuka akaun Paypal persendirian, klik 'personal account' dan klik 'next'.
Paypal

3-Maklumat peribadi

Selepas anda klik 'next' paparan dibawah akan terhasil. Pada bahagian ini Paypal meminta anda untuk mengisi Nama penuh, alamat email dan password. Selesai maklumat di isi klik 'next'.
Paypal

4- Alamat surat menyurat

Alamat surat menyurat dan no ID merupakan maklumat terakhir yang perlu di isi oleh anda sebelum Paypal mengesahkan akaun anda. Selesai maklumat di isi klik 'submit'.

Paypal

5- Status permohonan

Selepas anda klik 'Submit' di langkah keempat, paparan dibawah akan terhasil. Tahniah akaun Paypal anda telah berjaya dibuka. 
Paypal

Note: 
Sekiranya anda tidak lagi memerlukan akaun Paypal, anda boleh menutupnya secara kekal tanpa sebarang bayaran. 

Cara buka akaun PayPal Cara buka akaun PayPal Reviewed by Lah Mohd on 18:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.