1- Buka website Pizza Hut
Seperti kelaziman membuat tempahan online, untuk menempah Pizza Hut anda perlu membuka website rasmi mereka iaitu https://www.pizzahut.com.my/2- Masukkan alamat
Selepas website Pizza Hut dibuka, paparan dibawah akan terhasil. Pada bahagian ini anda perlu masukkan alamat anda. Alamat ini penting bagi membolehkan pihak Pizza Hut mengesan lokasi anda sama ada terdapat khidmat penghantaran ataupun tidak. Sekiranya lokasi anda tersenarai sebagai lokasi Pizza Hut melakukan penghantaran, anda boleh meneruskan tempahan anda. Sekiranya tidak, anda perlu membatalkan niat anda untuk menempah Pizza Hut secara Online.Credit Picture: Pizza Hut |
3- Pilih set menu
Pilih set menu yang anda inginkan. Dalam hal ini, anda diberi beberapa pilihan antaranya set seorang, couple atau family.Credit Picture: Pizza Hut |
4- Pilih jenis Pizza
Pada bahagian ini anda perlu memilih jenis Pizza yang anda inginkan. Contoh Island Tuna, Hawaii dan sebagainya. Selesai membuat pilihan, klik "add to my deal" dan seterusnya "add deal to my basket".Credit Picture: Pizza Hut |
5- Maklumat penghantaran dan bayaran
Selepas anda berpuas hati dengan menu dan pilihan pizza anda, untuk membuat bayaran anda perlu klik "View Busket" atau "Checkout". Pada bahagian ini, anda perlu berikan nama dan alamat anda untuk tujuan penghantaran.Credit Picture: Pizza Hut |
Untuk bayaran, anda diberi tiga pilihan iaitu melalui credit card/ debit card, Maybank2U atau Cash. Untuk membuat bayaran, klik "Go to Payment". Untuk proses bayaran anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga anda menerima salinan tempahan melalui email.
Note: Maklumat jangkaan penghantaran akan diberikan selepas tempahan pizza anda berjaya.
6- Tunggu Pizza dihantar
Dengan menggunakan jangkaan masa penghantaran, anda bolehlah bersiap untuk menerima pizza yang ditempahSelesai dan selamat menikmati pizza anda.
Cara order Pizza Hut online
Reviewed by Lah Mohd
on
12:29:00
Rating:
No comments: