Cara ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur - Nothing to Somethings

Cara ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur

Ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur?

Nak ke Pulau Pangkor tapi tidak mempunyai kenderaan sendiri?

Seperti juga ke Perhentian, Tioman, Kapas, dan Langkawi, untuk ke Pulau Pangkor anda boleh menaiki bas. Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri anda tidak perlu risau. Ini kerana jarak jeti dengan terminal bas Lumut hanya sekitar 200 meter sahaja. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara ke Pulau Pangkor dengan bas dari Kuala Lumpur.



Cara ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur

Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, untuk ke Pulau Pangkor anda boleh dapatkan tiket bas dari TBS ke stesen bas Lumut. Dengan perjalanan sekitar 5 jam anda hanya dikenakan tambang serendah RM27.50. Dalam hal ini, anda boleh memilih masa perjalanan awal pagi ataupun lewat malam. Namun, bagi saya masa yang sesuai untuk menaiki bas adalah pada lewat malam. Ini kerana, setibanya di stesen bas Lumut anda boleh terus ke Pulau Pangkor di awal pagi yang mana boleh memaksimumkan penggunaan masa anda.

Setibanya di stesen bas Lumut anda hanya perlu berjalan kaki sekitar 200 meter atau 5 minit ke jeti. Dalam hal ini, sebelum tiba ke jeti anda akan melalui beberapa deretan kedai yang menjual hasil laut seperti ikan masin, kerepek ikan dan sebagainya. Sekiranya hujan, anda boleh berjalan melalui laluan berbumbung yang disediakan. 


Cara ke Pulau Pangkor selain dari Kuala Lumpur

Bagi anda yang berada di luar Kuala Lumpur, untuk ke Pulau Pangkor anda juga boleh menaiki bas. Dalam hal ini, anda hanya perlu ke stesen bas berdekatan anda dan dapatkan tiket ke stesen bas Lumut. Sekiranya tidak terdapat laluan terus ke Lumut, anda boleh dapatkan tiket ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung perjalanan ke Lumut. 
Cara ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur Cara ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 10:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.