Restaurant halal di Siem Reap - Nothing to Somethings

Restaurant halal di Siem Reap

Restaurant halal di Siem Reap?
Senang ke nak jumpa restaurant halal di Siem Reap?

Tidak sesukar di Phnom Penh, restaurant halal di Siem Reap lebih banyak dan berpusat. Kebanyakkan restaurant halal ini berada berdekatan dengan pusat tarikan dan komuniti islam.

Lembu naik bukit (menu tengah)

Sekiranya anda menginap di hotel berdekatan dengan Masjid An Neakmah, untuk ke restaurant halal dan tempat menarik anda hanya perlu berjalan kaki sehaja. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki adalah:
1- Art Center Night Market
2- Pub Street
3- Old Market

Mengikut pengalaman saya bercuti di Siem Reap, restaurant pilihan adalah The Backpacker. Ini kerana harganya agak murah, masakannya sedap dan saiz hidangan yang besar. Selain itu, anda akan dihidangkan air sirap/jagung percuma. Secara purata kos skali makan di Siem Reap adalah sekitar RM20 sahaja. Dari segi rasa, ianya tidaklah jauh bezanya dengan masakan di Malaysia.

Menu dan harga

Antara restaurant halal yang berada di sekitar Masjid An Neakmah, Siem Reap ialah:
1- The Backpacker Restaurant
2- Muslim Family Kitchen
3- Haji Musa restaurant
4- Wau restaurant
5- Dan banyak lagi

Pada sebelah malam pula, terdapat beberapa peniaga muslim yang meniaga dengan menggunakan motosikal. Antra makanan yang dijual adalah seperti kerabu, sosej bakar dan lain-lain.
Restaurant halal di Siem Reap Restaurant halal di Siem Reap Reviewed by Lah Mohd on 07:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.