Cara beli Angkor Wat pass - Nothing to Somethings

Cara beli Angkor Wat pass

Tiket Angkor Wat?
Cara beli tiket Angkor Wat?
Boleh ke beli tiket Angkor Wat online?

Seperti kebanyakkan tempat menarik lain, Angkor Wat turut mengenakan bayaran masuk. Untuk memasuki Angkor Wat, anda diberikan 3 pilihan tiket iaitu:
- ONE day Pass - USD37
- THREE day Pass - USD62
- SEVEN day Pass - USD72

Note:
Kanak-kanak 12 tahun - Percuma (Wajib tunjuk passport sebagai bukti)

Angkor Wat ticket counter
Kaunter tiket

Untuk membeli tiket Angkor Wat anda hanya perlu walk-in. Sebarang pembelian tiket melalui online atau pihak ketiga tidak disediakan. Anda perlu berwaspada sekiranya ditawarkan pakej atau harga tiket murah. Ini kerana, mengikut pembacaan saya, pakej yang ditawarkan hanyalah sebagai tour guide atau tour group yang mana anda akan dibawa ke kaunter tiket dan seterusnya dibawa melawat Angkor Wat. 

Untuk makluman, setiap pass/tiket akan di print gambar anda. Gambar ini akan diambil semasa anda membeli tiket di kaunter. Pass/tiket ini wajib dibawa sepanjang tempoh lawatan anda. Kegagalan anda untuk mempamerkan pass/tiket masuk semasa pemeriksaan akan menyebabkan anda dihalang daripada memasuki kawasan Angkor Wat. Sebagai panduan, berikut saya kongsikan cara beli tiket/pass Angkor Wat.

Angkor Wat Day pass

Cara beli tiket Angkor Wat

1- Walk-in ke kaunter tiket
2- Maklumkan jenis tiket yang diperlukan
3- Duduk di posisi yang betul. Gambar anda akan diambil
4- Buat bayaran
5- Dapatkan tiket/pass
6- Periksa maklumat anda. Pastikan tarikh dan gambar yang dicetak betul


Note:
1- Harga diatas adalah harga terkini bagi tahun 2019
2- Pastikan anda membawa tiket/pass setiap kali anda ingin memasuki kawasan Angkor Wat. Pass ini akan diperiksa oleh pegawai bertugas.
3- Sekiranya anda ingin melihat sunset dan sunrise di Angkor Wat, pastikan anda membeli tiket/pass selepas pukul 4.45pm. Ini kerana semua tiket/ pass yang dibeli selepas waktu ini sah digunakan untuk 2 hari iaitu hari pembelian (untuk melihat sunset) dan keesokkannya (untuk melihat sunrise)
Cara beli Angkor Wat pass Cara beli Angkor Wat pass Reviewed by Lah Mohd on 22:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.