Cara naik train di Bangkok - Nothing to Somethings

Cara naik train di Bangkok

Seperti kebanyakkan negara lain, perkhidmatan train di Bangkok juga hampir sama. Cara untuk menaiki train juga sama. Laluan train ditentukan dengan nama terakhir stesen bagi laluan tersebut. Contoh, train laluan National Museum ditentukan dengan stesen terakhir iaitu stesen National Museum. Jika anda pernah menaiki train, saya yakin anda mampu untuk memahami cara untuk menaiki train di Bangkok.

Stesen Kereta Api Hua Lamphong, Bangkok

Dalam hal ini, perkhidmatan train di Bangkok hampir meliputi keseluruhan tempat menarik. Lebih menarik, day pass berharga THB140 disediakan untuk pengguna BTS sky Train. Dalam kata lain, dengan satu tiket anda mempunyai unlimited access. 


Manakala, bagi laluan selain BTS Sky Train, anda perlu membeli tiket mengikut jarak perjalanan. Kesemua tiket ini boleh dibeli dengan pegawai bertugas di kaunter tiket yang disediakan. Mengikut pemerhatian saya, mesin layan diri tidak disediakan.

Selain itu, bagi anda yang ingin merasai pengalaman menaiki Chao Phraya River Cruise,  anda boleh turun di stesen Saphan Taksin. Dari sini anda boleh membeli dan menaiki Chao Phraya River Cruise.


Meskipun begitu, bagi anda yang mempunyai anak kecil, bercuti di Bangkok dengan menaiki train adalah tidak digalakkan. Ini kerana, untuk sampai ke satu stesen anda perlu berjalan jauh. Meskipun lif disediakan, bagi saya ianya tidak mesra pelancong kanak-kanak.

Bagi tujuan keselamatan, sebelum memasuki kawasan stesen, diri anda akan diperiksa terutamanya jika anda mempunyai beg.
Cara naik train di Bangkok Cara naik train di Bangkok Reviewed by Lah Mohd on 10:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.