Cara naik Chao Phraya River Cruise - Nothing to Somethings

Cara naik Chao Phraya River Cruise

Chao Phraya River?

Chao Phraya river merupakan sungai yang berada di tengah-tengah kota Bangkok dan sangat  aktif digunakan sebagai laluan perhubungan. Dalam kata lain, selain daripada menaiki train/kereta, untuk ke tempat menarik di sekitar Bangkok anda boleh menaiki boat.

View dari Tourist Boat

Dalam hal ini, boat boleh dibahagikan kepada lima iaitu:
1- Blue flag atau Tourist boat
2- Yellow flag
3- Orange flag
4- Green flag
5- No flag

Bagi boat kategori 2-5, harga tiket berbeza-beza mengikut jenis boat dan jarak perjalanan. Namun, sebagai pelancong, saya sarankan anda untuk menaiki Tourist boat. Ini kerana, untuk menaiki tourist boat, day pass disediakan dengan harga THB200 seorang. Dalam kata lain, anda boleh naik/turun boat sebanyak mana yang anda inginkan.

Chao Phraya Tourist boat pass
Chao Phraya Tourist boat pass

Antara kelebihan menaiki Tourist Boat (atau Chao Phraya Tourist Boat) adalah anda diberi keutamaan semasa menaiki boat, tidak perlu berebut dan tidak perlu bersesak di atas boat. Anda hanya perlu tunggu di ruang yang disediakan dan naik boat apabila dipanggil.

Semasa membeli tiket anda akan diberikan satu pass dan buku panduan. Dalam buku ini terdapat masa perjalanan boat dan tempat menarik yang boleh dilawati di setiap terminal. Pass ini wajib disimpan dan dipamerkan apabila diminta.

Untuk makluman anda, terdapat dua jenis Chao Phraya Tourist Boat iaitu:
1- Boat dua tingkat (Deck atas terbuka)
2- Boat kayu

Sekiranya anda ingin menikmati pemandang 360 darjah, saya sarankan anda untuk menaiki boat dua tingkat dan duduk di deck atas. Namun, memandangkan cuaca di Bangkok agak panas, pastikan anda menaiki Chao Phraya River Cruise di awal pagi dan lewat petang atau malam.

Dalam hal ini, Tourist boat ini akan berhenti di 10 terminal iaitu:
1- Sathorn
2- ICONSIAM
3- Lhong 1919
4- Ratchawongse
5- Pak Klong Taladd
6- Wat Arun
7- The Maharaj
8- Thonburi Railway Station
9- Phra Arthit
10- Asiatique

Antara tempat yang boleh dilawati ialah:
1- Wat Arun
2- Grand Palace
3- Flower Market
4- China Town
5- Asiatique
6- Wat Pra Chong
7- Royal Barge National Museum

Note:
Untuk duduk di deck atas, pastikan anda tiba awal di terminal dan duduk di barisan depan. Ini kerana, kerusi deck atas adalah terhad. Anda tidak dibenarkan naik sekiranya tiada kerusi kosong.
Cara naik Chao Phraya River Cruise Cara naik Chao Phraya River Cruise Reviewed by Lah Mohd on 11:15:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.