Cara beli tiket bus Queen Express - Nothing to Somethings

Cara beli tiket bus Queen Express

1- Buka Website Queen Express

Seperti kelaziman melakukan pembelian online lain, untuk melakukan pembelian tiket Queen Express online anda perlu membukan website mereka iaitu QUEEN EXPRESS

Bus Queen Express
Bus Queen Express

2- Sign Up/ Login 

Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar sebagai pengguna. Untuk daftar pengguna, anda perlu klik Sign-up, isikan beberapa maklumat diri dan klik submit. Selepas berjaya sign-up, anda perlu login.

Manakala, bagi anda yang telah mempunyai akaun, anda boleh terus login dengan klik Sign-in.

Sign-in atau Sign-up


3- Pilih destinasi & tarikh

Langkah seterusnya anda memilih destinasi dan tarikh perjalanan. Dalam hal ini, anda perlu masukkan destinasi berlepas,  tiba dan tarikh perjalanan. 


4- Pilih kerusi

Setiap penumpang mempunyai keselesaan yang berbeza. Untuk keselesaan anda, pada bahagian ini anda boleh memilih kerusi kegemaran anda. Untuk memilih kerusi, klik sahaja kerusi yang anda inginkan, isi maklumat penumpang dan klik next. Sekiranya anda ingin menambah bilangan penumpang, klik icon '-' atau '+' di bahagian No. Of Pax (rujuk gambar dibawah)

Queen express seat


5- Buat bayaran

Sebelum teruskan kepada pembayaran, semak dahulu maklumat perjalanan. Pastikan ianya betul.

Untuk membuat pembayaran, anda boleh lakukannya melalui Online transfer atau Kad Debit/ Kredit. Caranya cukup mudah dan hampir sama seperti membuat pembelian online lain. Ikuti sahaja arahan di skren sehingga ada berjaya membuat pembayaran.

Selepas anda berjaya membuat bayaran, anda akan menerima emel pengesahan daripada pihak Queen Express. Sekiranya tidak menerima emel, anda boleh menyemak status pembelian anda di profile akaun Queen Express anda.

Kaedah bayaran


6- Claim tiket

Untuk claim tiket anda boleh lakukannya pada hari yang sama anda menaiki bus. Tunjukkan sahaja Booking number pembelian anda di kaunter tiket dan tiket anda akan diserahkan.
Cara beli tiket bus Queen Express Cara beli tiket bus Queen Express Reviewed by Lah Mohd on 11:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.