Pengalaman menarik di Vang Vieng - Nothing to Somethings

Pengalaman menarik di Vang Vieng

Tidak seperti Luang Prabang, bandar Vang Vieng agak sibuk dengan kehadiran pelancong. 

Jangan terkejut sekiranya anda melihat iklan dan menu makanan di dalam tulisan Korea. Ini kerana, pelancongan dari Korea boleh dikatakan agak ramai ke Vang Vieng selain daripada pelancong berkulit pituh (europe dan lain-lain). 

Vang Vieng
Vang Vieng
Dari segi aktiviti menarik anda boleh memilih sama ada untuk mengambil pakej atau sekadar merancang sendiri. Bagi anda yang ingin mengambil pakej, anda boleh membelinya di sekitar bandar Vang Vieng. Terdapat banyak syarikat yang menawarkannya. Dalam hal ini, anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti di darat mahupun di air seperti water tubing.

Vang Vieng
Vang Vieng
Manakala, bagi anda yang merancang untuk melakukan aktiviti sendiri, anda boleh menyewa basikal atau motosikal. Ini kerana, jarak ke tempat menarik tidaklah jauh iaitu maksimum sekitar 7km sahaja daripada bandar Vang Vieng. Bagi anda yang ingin menyewa basikal, anda boleh menyewanya dengan harga serendah KIP10,000 (basikal biasa) dan KIP 30,000 (mountain bike) sehari (12 jam). 

Vang Vieng
Vang Vieng
Memandangkan kebanyakkan tempat menarik memerlukan anda untuk menggunakan Namsong Bridge (menyeberangi Song River), maka anda perlu membayar:
1- Pejalan kaki - KIP4,000 (dua hala)
2- Basikal - KIP6,000 (dua hala)
3- Motosikal - KIP10,000 (dua hala)

Antara tempat menarik yang boleh anda lawati selepas menggunakan Namsong Bridge atau melintasi 'Song river':
1- Blue lagoon
2- Numberkeo cave
3- Chinnaly cave
4- Phangern
5- Phoukham cave

Selain daripada tempat menarik yang saya senaraikan di atas, anda juga boleh mendaki sehingga ke 'view point' yang disediakan. Tentang bayaran untuk mendaki tidak dapat saya nyatakan memandangkan saya tidak melakukan aktiviti ini disebabkan rakan travel saya tidak mahu melakukannya. Untuk makluman anda, terdapat beberapa laluan ke 'view point' yang mana berada di sepanjang jalan ke Blue Lagoon. Sekiranya anda menggunakan jalan ke Blue Lagoon, saya percaya anda akan menemui papan tanda ke 'view point' bahkan dapat melihat pondok yang disediakan di puncak gunung.

Vang Vieng
River tour di Vang Vieng
Bagi anda yang beragama islam, anda tidak perlu risau sekiranya makanan yang dibawa tidak mencukupi. Ini kerana terdapat satu restoran halal di sana (Nazim restaurant). Memandangkan restoran ini satu-satunya restoran halal di Vang Vieng, harganya sedikit mahal jika dibandingkan dengan Luang Prabang. Meskipun begitu, kuantiti bagi sepinggan nasi agak besar dan mungkin boleh dimakan berdua. Secara purata, harga sekali makan boleh mencecah sehingga RM20-RM30 seorang.

Vang Vieng
Menu di Nazim restaurant
Selamat bercuti...

Pengalaman menarik di Vang Vieng Pengalaman menarik di Vang Vieng Reviewed by Lah Mohd on 23:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.