Cara ke Vientiane dari Vang Vieng - Nothing to Somethings

Cara ke Vientiane dari Vang Vieng

Sekiranya sebelum ini saya kongsikan cara ke Vang Vieng dari Luang Prabang, kali ini saya kongsikan cara ke Vientiane dari Vang Vieng.

Untuk makluman, jarak perjalanan dari Vang Vieng ke Vientiane adalah sekitar 3 jam 30 minit sahaja. Perjalanan akan melalui kawasan perkampungan dan pekan-pekan kecil. Keadaan jalan boleh digambarkan seperti laluan dari Kuala Lumpur ke Kelantan menggunakan laluan Bentong dan Raub. Sepanjang perjalanan bas akan berhenti sekali di kawasan rehat selama sekitar 15 minit. Ini bagi membolehkan penumpang ke tandas atau membeli makanan. Suasananya tidak ubah seperti anda menggunakan bas di Malaysia.

Kawasan terminal bas Vang Vieng atau dikenali sebagai AirStrip
Bagi anda yang ingin ke Vientiane dari Vang Vieng anda boleh membeli tiket dari hotel atau melalui syarikat/ egen pelancongan di Vang Vieng. Harga yang ditawarkan pula berbeza-beza. Jadi untuk mendapatkan harga yang murah anda perlulah rajin berjalan di sekitar bandar Vang Vieng untuk bertanyakan harga. Selain itu anda juga boleh terus membeli tiket di terminal bas. Dalam hal ini harganya mungkin lebih murah.

Mengikut pengalaman semasa membeli tiket melalui syarikat pelancongan, harga yang ditawarkan adalah KIP50,000. Harga ini termasuk perkhidmatan mengambil penumpang di hotel dan menghantanrnya ke terminal bas.

Cara ke Vientiane dari Vang Vieng Cara ke Vientiane dari Vang Vieng Reviewed by Lah Mohd on 16:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.