Pengalaman menarik di Vientiane - Nothing to Somethings

Pengalaman menarik di Vientiane

Lokasi terakhir percutian 6H5M di bumi Laos. Sekiranya sebelum ini saya kongsikan pengalaman ke Luang Prabang dan Vang Vieng, kali ini saya kongsikan pengalaman ke Vientiane.

Patouxay monument
Patouxay monument
Memandangkan Vientiane merupakan ibu negara Laos, maka kepadatan penduduknya juga tinggi. Jalan rayanya juga lebih sesak jika dibandingkan dengan Luang Prabang dan Vang Vieng. Meskipun begitu, untuk melintas jalan anda tidak perlu risau. Ini kerana disediakan 'crossing zebra' selain anda boleh melintas semasa kenderaan berhenti di trafic light. 

That Luang stupa
That Luang stupa
Untuk makluman, tempat menarik di Vientiane adalah berpusat. Semua lokasi boleh dilawati dengan berjalan kaki sahaja atau menggunakan tuk-tuk. Antaranya:
1- Patouxay monument
2- That Dam stupa
3- Chao Anouvong park
4- Night market
5- Morning market
6- Choa Fa Ngum Statue
7- Wat Sisaket
8- That Luang stupa
9- Revolutionary monument
10- National museum

Presidential Palace
Presidential Palace
Bagi anda yang beragama islam pula anda tidak perlu risau tentang makanan halal. Ini kerana di Vientiane terdapat banyak restoran halal. Secara purata harga sekali makan adalah sekitar RM15-RM20 sahaja. Antaranya restoran halal di Vientiane:
1- Taj Mahal restaurant 
2- Dhaka restaurant
3- Pomodoro Pizzeria
4- Fathima restaurant
5- Nazim restaurant
6- Jamil Zahid Punjabi retaurant
7- Namaste India
8- Union Pizza and shawarma
9- Delhi Durbar

That Dam stupa
That Dam stupa
Selain itu, di bandar Vientiane juga terdapat masjid. Meskipun saiznya tidak sebesar saiz masjid di Malaysia, kemudahan yang disediakan cukup selesa. Sekiranya anda ingin ke masjid ini anda boleh setkan lokasi ke 'Jamia Masjid Vientiane'.

Vientiane Jamia Masjid
Vientiane Jamia Masjid
Petunjuk lain yang boleh anda gunakan untuk ke masjis ialah kedutaan Brunei. Ini kerana, simpang masuk ke masjid ini berada berdekatan dengan kedutaan Brunei.

Pengalaman menarik di Vientiane Pengalaman menarik di Vientiane Reviewed by Lah Mohd on 03:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.