Cara ke Vang Vieng dari Luang Prabang - Nothing to Somethings

Cara ke Vang Vieng dari Luang Prabang

Ke Vang Vieng dari Luang Prabang?

Mungkin kedengaran agak jangkal bagi mereka yang belum pernah melancong merentasi daerah. Namun bagi saya ia adalah perkara biasa.

Luang Prabang
Bandar Luang Prabang - Lokasi untuk anda membeli tiket bas/ minivan dll
Sekiranya anda memilih untuk ke Vang Vieng dari Luang Prabang, anda tidak perlu risau. Ini kerana anda mempunyai beberapa pilihan sama ada menggunakan bas, minivan, local bus atau sleeping bas. Boleh dikatakan dari pagi sampai ke malam anda boleh dapatkan kenderaan untuk ke Vang Vieng.

Namun begitu sekiranya anda ingin melawat Vang Vieng di waktu puncak pastikan anda membeli tiket sekurang-kurangnya sehari awal dari masa perjalanan. Selain daripada waktu puncak, anda boleh membelinya semasa anda ingin meneruskan perjalanan. Untuk makluman, jarak perjalanan dari Luang Prabang ke Vang Vieng adalah sekitar 4 jam sahaja.

Luang Prabang
Laluan ke Vang Vieng dari Luang Prabang
Tiketnya pula boleh dibeli terus di stesen bas, egen atau melalui hotel. Bagi saya, membeli malalui egen di sekitar Luang Prabang adalah lebih senang dan selesa memandangkan saya boleh membuat pilihan daripada beberapa egen pelancongan. Selain itu saya tidak perlu memikirkan pengangkutan ke terminal bas memandangkan harga yang dibayar termasuk kos untuk mengambil anda di hotel.

Untuk makluman, harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut masa dan jenis pengangkutan (bas/minivan/sleeping bus). Biasanya harga lebih murah di awal pagi dan akan menjadi mahal di waktu petang. Mengikut maklumat yang saya perolehi, harga ini berbeza memandangkan jumlah penumpang di waktu petang tidak ramai dan kemungkinan untuk minivan/bas kosong adalah tinggi.

Luang Prabang
Pemandangan ke Vang Vieng dari Luang Prabang
Sebagai contoh, harga tiket minivan ke Vang Vieng di awal pagi adalah sekitar KIP100,000 seorang manakala KIP120,000 di petang hari.

Mengikut pengalaman, perjalanan ke Vang Vieng agak selesa. Meskipun terpaksa melalui kawasan pergunungan, namun saya percaya anda akan terpegun apabila melihat pemandangan di sepanjang jalan. Laluannya boleh digambarkan seperti anda ke Cameron Highland yang mana anda akan melalui kawasan tanah tinggi dan cuaca yang sejuk.

Cara ke Vang Vieng dari Luang Prabang Cara ke Vang Vieng dari Luang Prabang Reviewed by Lah Mohd on 14:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.