Cara saya ke Air terjun Perlus - Nothing to Somethings

Cara saya ke Air terjun Perlus

Trip pertama ke air terjun di bulan April 2017

Untuk makluman korang, trip ini merupakan trip yang dirancang di saat akhir memandangkan rancangan asal adalah untuk ke Gunung Datuk. Namun disebabkan oleh terdapat keinginan dari kawan saya untuk mandi di air terjun, maka Air Terjun Perlus telah menjadi pilihan. Bagi korang yang pertama kali ingin ke Air Terjun Perlus, korang mungkin akan mengalami sedikit kesukaran seperti saya memandangkan tiada papan tanda jalan untuk ke Air Terjun Perlus.

Air Terjun Perlus
Air Terjun Perlus

Untuk makluman, Air Terjun Perlus terletak di Hulu Langat dan kawasan parkir paling hampir adalah Perkampungan Orang Asli Gabai. Untuk kesini korang perlu memandu sekitar 1 jam dari Ampang. Manakala, untuk sampai ke kawasan air terjun korang perlu berjalan sekitar 3 jam dengan jarak berjalan sekitar 6 -7 km. Dalam hal ini korang perlu melalui kebun penduduk, hutan pepohon buluh dan hutan. Mengikut pengalaman saya, bagi sesetengah kawasan treknya agak licin terutamanya semasa hujan.

Air Terjun Perlus
Air Terjun Perlus

Bagi korang yang ingin ke Air Terjun Perlus disarankan untuk korang bergerak dalam kumpulan yang besar dan di awal pagi. Ini kerana suasana di Air Terjun Perlus agak sunyi memandangkan kedudukannya jauh ke dalam hutan. Selain itu, pastikan korang membawa kelengkapan lain seperti baju hujan, parang, pemetik api dan lampu sebagai persediaan sekiranya terkandas di dalam hutan. Ini kerana, mengikut kepada pemerhatian saya, treknya agak jarang digunakan oleh orang ramai berdasarkan kepada keadaan trek yang hampir ditutupi oleh pepohon renek selain menjadi redup dan gelap apabila menjelang petang.

Trek ke Air Terjun Perlus

Untuk makluman korang, kawasan Air Terjun Perlus sangat cantik. Namun begitu, berdasarkan kepada pengalaman saya airnya tidaklah sesejuk Air Terjun Lata Medang dan Air Terjun Lepoh.


Cara ke Air terjun Perlus

Untuk ke Air Terjun Perlus korang perlu memandu menghala ke Perkampungan Orang Asli Gabai di Hulu Langat atau setkan waze korang ke Air Terjun Sungai Gabai. Ini kerana lokasi parkir untuk ke Air Terjun Perlus berada berdekatan dengan kawasan rekreasi Sungai Gabai. Dalam hal ini, sebelum tiba di Sungai Gabai korang perlu mengambil simpang ke kiri (rujuk gambar di bawah).  

Simpang kiri ke Air Terjun Perlus

Dari simpang di atas korang perlu memandu sekitar 5 minit ke kawasan parkir yang mana terletak bersebelahan dengan surau As Sakinah kampungan Orang Asli Gabai. Untuk parkir bayaran RM5 akan dikenakan bagi setiap kereta. 

Kawasan parkir bersebelahan Surau As Sakinah

Untuk memulakan trek ke Air Terjun Perlus korang perlu mengambil laluan di hadapan surau tersebut yang mana akan terus menghala ke trek Air Terjun Perlus. Mengikut pengalaman, masa sekitar 3 jam di perlukan untuk sampai ke kawasan air terjun. Dalam hal ini trek boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu kebun penduduk, hutan pepohon buluh dan hutan.

Tanda laluan ke Air Terjun Perlus

Bagi memastikan korang berada di trek yang betul korang boleh berpandukan kepada tanya yang dibuat (seperti gambar di atas). Untuk makluman korang, tanda ini di letakkan di beberapa tempat seperti ranting pokok atau dililit di batang pokok.
Cara saya ke Air terjun Perlus Cara saya ke Air terjun Perlus Reviewed by Lah Mohd on 19:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.