Cara saya ke Gunung Pulut, Perak - Nothing to Somethings

Cara saya ke Gunung Pulut, Perak

Bila mendaki sudah menjadi aktiviti rutin, kini boleh dikatakan tiap bulan saya mendaki. Tidak kiralah dakian tersebut hanya bukit biasa ataupun gunung. Yang penting kaki perlu bergerak dan mata perlu dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi.

Gunung Pulut
Gunung Pulut

Memandangkan pada 18 Februari 2017 lalu saya telah mendaki Gunung Pulut, jadi hari ini saya kongsikannya. Untuk makluman korang, Gunung Pulut terletak di daerah Gerik, Perak. Untuk sampai ke puncak masa sekitar 1 jam diperlukan. Dalam hal ini korang boleh lakukan aktiviti ini di hujung minggu sahaja tanpa perlu meminta cuti.

Gunung Pulut
Gunung Pulut

Trek dakiannya agak mencabar kerana korang perlu melalui lereng-lereng yang agak curam dan berbatu. Adakalanya korang perlu beratur untuk melalui laluan kecil yang mana boleh memuatkan seorang dalam satu masa. Meskipun permit tidak diperlukan untuk mendaki, namun disarankan untuk korang menggunakan khidmat pemandu arah untuk tujuan keselamatan.

Sekiranya korang ingin melihat matahari terbit disarankan untuk korang memulakan dakian di awal pagi. Mengikut pengalaman, saya sendiri telah memulakan dakian sekitar jam 5 pagi.

Gunung Pulut
Gunung Pulut

Sesampai di puncak korang boleh menikmati udara yang segar dan pemandangan yang cukup cantik. Keadaan akan menjadi semakin panas apabila matahari semakin meninggi. Kebanyakkan tumbuhan di puncak Gunung Pulut adalah tumbuhan renek, jadi agak sukar untuk korang berlindung dari sinaran mentari. Mengikut pengalaman saya, selepas matahari mula meninggi semua pendaki akan beransur turun.

Cara saya ke Gunung Pulut, Perak Cara saya ke Gunung Pulut, Perak Reviewed by Lah Mohd on 13:38:00 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.