Cara saya ke Air Terjun ke-7 Berkelah - Nothing to Somethings

Cara saya ke Air Terjun ke-7 Berkelah

Trip mendaki pertama Februari 2017. Meskipun penat mendaki Gunung Fakir Terbang pada 28/1/2017 belum hilang, kali ni saya ke Air Terjun Berkelah pula. 

Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah

Seraca ringkasnya, Air Terjun Berkelah merupakan kawasan riadah yang terletak di daerah Gambang, Pahang. Kawasan ini telah di wartakan sebagai kawasan hutan lipur dan mempunyai 7 peringkat air terjun. Peringkat pertama berada hanya beberapa meter dari pintu masuk, manakala peringkat ke-7 berada jauh ke dalam hutan. Untuk sampai ke air terjun ke-7 korang perlu berjalan/ mendaki sekitar 2 jam (termasuk rehat dan bergambar) dengan melalui kawasan berbatu yang agak licin dan curam.

Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah

Untuk ke puncak korang boleh memilih sama ada menggunakan pakej atau mendaki sendiri. Namun sekiranya ingin bermalam di puncak, disarankan untuk korang menggunakan pakej. Ini kerana kawasan parkir yang disediakan agak sunyi dan tidak selamat untuk meninggalkan barangan berharga (mungkin korang boleh tinggalkan kereta selepas sistem parkir siap sepenuhnya).

Dengan menggunakan pakej, kereta korang akan di tinggalkan di kawasan yang lebih selamat iaitu di sekitar Masjid Kg Gelugur dan korang akan dipindahkan ke kawasan parkir air terjun dengan menggunakan lori atau kenderaan 4 x 4. Sekiranya berminat untuk gunakan khidmat pakej korang boleh hubungi 012-210 8197 (Abang Jang).

Mengikut pengalaman, saya berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan oleh Abang Jang. Makan dan minum dijaga selain memberikan layanan yang baik.

Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah

Bagi korang yang berada di luar dari daerah Gambang, untuk ke Air Terjun Berkelah laluannya tidaklah susah. Kedudukannya hanya beberapa kilometer dari LPT. Korang hanya perlu memandu menghala ke Kampung Gelugur. Sekiranya menggunakan LPT korang boleh keluar di susur Gambang (sekiranya dari Kelantan dan Terengganu) dan susur Sri Jaya sekiranya dari Kuala Lumpur.

Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah

Setibanya di Kampung Gelugur korang boleh berpandukan kepada papan tanda "Hutan Lipur Berkelah". Untuk makluman korang, jarak dari Masjid Kampung Gelugur ke simpang masuk Air Terjun Berkelah adalah sekitar 1 minit memandu. Manakala, dari jalan utama ke pintu masuk Hutan Lipur Berkelah, korang perlu memandu sekitar 5-10 minit melalui jalan tanah berbatu.

Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah

Untuk makluman, keadaan sekeliling Air Terjun Berkelah sangatlah cantik. Airnya jernih menghijau dan sangat sejuk. Kawasan hutannya juga masih terpelihara dan terjaga. Bagi korang yang ingin bermalam, suhu malamnya agak sejuk dan disarankan untuk membawa baju tebal untuk keselesaan.
Cara saya ke Air Terjun ke-7 Berkelah Cara saya ke Air Terjun ke-7 Berkelah Reviewed by Lah Mohd on 10:56:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.