Pengalaman menaiki Malindo Air - Review - Nothing to Somethings

Pengalaman menaiki Malindo Air - Review

8 September 2016, kali pertama saya jejakkan kaki ke dalam pesawat Malindo untuk laluan penerbangan KL-Kota Bharu dan juga pertama kali menggunakan KLIA. Sebelum ni saya hanya berkesempatan untuk menggunakan penerbangan AirAsia dan KLIA2 sahaja.

Malindo Air
Malindo Air
Menurut pandangan saya, meskipun harga tiket Malindo Air sedikit mahal namum ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding syarikat penerbangan tambang murah, antaranya:

1- Ruang kaki yang selesa. 

Meskipun masa perjalanan ke Kota Bharu hanya lah sekitar 45 minit, namun dengan adanya ruang kaki yang selesa ia secara tidak langsung memberikan keselesaan. Selain itu ia juga memudahkan pergerakkan keluar masuk ke tempat duduk selain dapat mengurangkan terlanggar orang tepi. 


2- Percuma ruang bagasi

Sekiranya menaiki penerbangan tambang murah korang perlu membayar caj tambahan, namun dengan menaiki pesawat Malindo Air ruang bagasi telah termasuk dalam harga. Jadi sekiranya korang mempunyai beg bersaiz besar atau banyak barang yang ingin dibawa, korang boleh daftar masuk beg tersebut secara percuma. Namun begitu, korang perlu berwaspa dengan berat yang dibenarkan.  


3- Ada refreshment

Sebagai tanda meraikan tetamu, korang akan dihidangkan dengan minuman dan makanan. Hidangan ini berbeza mengikut jarak penerbangan. Mengikut pengalaman, jika penerbangan kurang satu jam korang akan dihidangkan dengan minuman dan biskut/kekacang. Manakala sekiranya penerbangan melebihi 2 jam korang akan dihidangkan dengan minuman dan pizza. 

Dalam hal ini, korang boleh minta makanan dan minuman secara berulang. Namum, pastikan korang memintanya selepas semua penumpang lain telah mendapatkan refreshment mereka agar kerja para pramugari tidak terganggu dan penumpang lain tidak menunggu lama. 


4- Ada hiburan - tayangan movie

Untuk aktiviti masa terluang, Malindo Air turut menyediakan hiburan dan majalah secara percuma.

Pengalaman menaiki Malindo Air - Review Pengalaman menaiki Malindo Air - Review Reviewed by Lah Mohd on 18:13:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.