Cara membeli AXA Travel Insurance - Nothing to Somethings

Cara membeli AXA Travel Insurance

Travel Insurance!

Mesti ramai kan antara kita yang tidak pernah membeli atau mengambil tahu tentang travel insurance semasa bercuti di luar. Mungkin ada yang beranggapan ianya perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan dan satu pembaziran.

AXA Travel Insurance Policy
AXA Travel Insurance Policy

Jawapan yang sama mungkin akan saya berikan sekiranya ditanya kepada saya sebelum tahun 2016. Ini kerana, sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu tentang travel insurance dan seumpamanya. 

Tapi selepas berlakunya kes kematian warga Malaysia di Vietnam pada 2016, tanggapan saya berubah sama sekali. Travel Insurance sangat lah penting untuk di ambil sebelum memulakan sebarang percutian. Ini kerana, sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kematian, risikonya adalah tinggi sekiranya tidak mempunyai insurance. Seperti di lapor di dada akhbar, kos membawa pulang jenazah ke Malaysia menelan belanja puluhan ribu ringgit. Jadi dengan adanya Travel Insurance, sekurang-kurangnya masalah tersebut boleh diminimumkan. 

Mengikut pengalaman, kos untuk membeli Travel insurance tidak lah mahal. Harga premium insurance bergantung kepada lokasi, tempoh percutian dan jenis perlindungan yang korang pilih. Secara puratanya, dengan mengeluarkan budget RM100 korang sudah mampu untuk memiliki satu policy travel insurance.

Selain daripada harga yang murah, proses untuk membeli Travel Insurance sangat lah mudah. Ini kerana urusannya boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja. Memandangkan baru-baru ini saya telah membeli insurance daripada AXA Travel Insurance, jadi dalam artikle ni saya hanya kongsikan cara untuk membeli Travel Insurance tersebut.

Cara membeli AXA Travel Insurance secara online

1- Buka laman web AXA Travel Insurance. (Pastikan korang buka AXA Travel Insurance Malaysia/ mengikut negara korang)
2- Scroll ke bawah dan klik "buy now". 
3- Untuk mendapatkan quotes harga yang perlu dibayar, masukkan maklumat yang berkait. Antaranya, jenis trip (single atau annual), tarik berlepas dan pulang, destinasi percutian, jenis perlindungan (individual atau family) dan bilangan. 
4- Selesai isi maklumat di atas, klik "get quote"
5- Pilihan harga dan jenis perlindungan akan dipapar. Pilih jenis perlindungan yang korang nak. "VIP" atau "Classic". 
6- Isikan maklumat peribadi. Pastikan semua maklumat yang di isi adalah betul.
7- Sekiranya korang setuju dengan perlindungan yang ditawarkan, tick kotak agreement. (Sila baca agreement sebelum tick)
8- Selesai tick kotak agreement klik "proceed to payment"
9- Paparan tentang maklumat diri akan dipaparkan sekali lagi, Pastikan semua maklumat adalah betul dan klik "proceed to payment"
10- Paparan tentang maklumat bayaran akan dipapar. Isikan maklumat yang berkait dan klik "submit" untuk membuat bayaran
12- Selesai - Maklumat policy dihantar ke email.

Selain daripada syarikat ni, korang juga boleh beli insurance dari senarai di bawah. Maklumat ni saya dapat dari bacaan blog lain. Antaranya syarikat lain yang menawarkan Travel Insurance adalah:
1- AIG Travel Insurance
2- Etiqa Travel Insurance (Takaful)
3- Nomad Travel Insurance
4- Allianze Travel Insurance

Peringatan:

Sebelum membeli travel insurance pastikan korang baca dahulu jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan. Ini kerana tidak semua syarikat insurance memberi perlindungan kepada semua aktiviti yang korang lakukan terutamanya aktiviti sukan atau sukan extreem. Jadi, sekiranya korang ingin melakukan aktiviti sukan atau sukan extreme semasa bercuti pastikan korang beli insurance yang memberi perlindungan kepada aktiviti tersebut. 

Mengikut bacaan saya, daripada senarai di atas hanya Nomad Travel Insurance dan Allianze Travel Insurance yang menawarkan perlindungan untuk sukan dan sukan extreme. Jadi korang boleh la pilih mengikut kesesuain budget korang. 

Contoh aktiviti extreme:

1- Bungee jump
2- Sky diving
3- Water raffling
4- Scuba diving
5- dan lain-lain


Note: 
Sekiranya anda membuat belian insurance sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan, sekiranya berlaku pembatalan perjalanan disebabkan kecederaan atau kematian, anda boleh membuat tuntutan dari AXA Travel insurance. (rujuk policy AXA travel insurance).

Cara membeli AXA Travel Insurance Cara membeli AXA Travel Insurance Reviewed by Lah Mohd on 10:47:00 Rating: 5

21 comments:

  1. Kalau pergi 2 negara dlm masa yg sama, sy perlu apply berasingan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli plan annual trip boleh beli satu je dengan syarat negara berada dalam kawasan yang sama (rujuk kpd destinatioan area. area 1, 2 atau 3).

      Tapi kalau beli plan single trip saya tak pasti, rasanya perlu beli berasingan sbb masa nak beli perlu masukkan nama negara yang dikunjung.

      Delete
  2. salam, masa nak travel nanti kita kena print and bawa polisi2 tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, kalau saya, saya mmg akan print n bawa tp bawa yg ada tulis nombor polisi tu je. Yg lain sy simpan dalam emel je.

      Delete
    2. Ohh orite tq ye. saya nak tanya jgk macam mana kalau kita nak cek semula travel date and destination yg kita dah submit tu. Semalam sy beli AXA tapi dkt emel tak de tulis details nama saya, travel date semua tu.

      Delete
    3. Tarikh n destinasi boleh check dlm policy/dokumen yang dia dh emel. Biasanya policy/dokumen ni dia akan emel dlm bbrp hari slps tarikh kita beli

      Delete
  3. Bila last period kita boleh beli travel insurance? ke tak kisah as long as before travelling date kita? I will be travelling on 28th Sept 2017. Thanks in advance !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti...
      Yg ni sy x sure, tp rasanya boleh je beli last minute, janji sblm tarikh kita terbang.

      Delete
    2. Saya dah check, tarikh last utk beli travel insurance atleast sehari sebelum berlepas. Tapi disarankan utk beli atleast 14 hari sblm travel sbb kalau ikut policy axa, kalau berlaku kematian atau masuk hospital waris terdekat sbb kes serious, kita blh claim axa travel insurance kalau kita cancel trip

      Delete
  4. AXA travel insurance ni boleh bayar guna debit card ke?

    ReplyDelete
  5. hi..macam mana ye buat pembayaran?after sy isi my detail and click buy now xada ape2 pun keluar untuk pembayaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan maklumat perjalanan, klik get quote, klik buy now, lepas tu isi maklumat peribadi, klik review details & buy, tick kotak berkait, klik proceed to payment, pilih jenis transaksi (credit card/debit card, online banking dll) & ikuti beberapa langkah hingga selesai

      Delete
  6. Salam..part Beneficiary Name tu letak nama waris ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu terletak nama sendiri mcmne eh...adehhh,,x tau pulak kena letak nama waris.hahaha

      Delete
    2. Blh call axa office utk betulkan maklumat/tanya details tp kena betulkan maklumat sblm tarikh flight.

      Delete
  7. assalam..selalunya berapa lama untuk dapat policy selepas pembayaran

    ReplyDelete
  8. beli scra online ni kn...kalo ejen lain ke hrga???/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak sure sbb tak pernah beli melalui agen

      Delete

Powered by Blogger.