Kelulusan Google Adsense - Review kali kedua - Nothing to Somethings

Kelulusan Google Adsense - Review kali kedua

Wow, memang menguji kesabaran betul la tunggu keputusan google adsense ni. Kali ni dah 3 kali saya mohon google adsense. Tapi sedihnya, lepas tunggu lebih kurang 5 hari, keputusannya, "anda gagal". W/pun gagal, saya tetap berpuas hati sebab dah dapat jawapan. Jadi di artikle ni saya kongsikan perkara yang perlu anda lakukan untuk proses review kali kedua dan tanda-tanda blog anda dah lulus review kali pertama.  

Google Adsense
Google Adsense


Berikut merupakan tanda-tanda blog anda dah lepas review kali pertama:

1- Anda menerima emel dari Google Adsense.

Info ni saya dapat dari bacaan blog lain. Tapi saya tak dapat pun email ni.

2- Anda dah boleh login ke akaun google adsense.

Yang ni terjadi dekat saya. Bila anda dah boleh login maknanya anda dah lepas first review dan anda perlu bersedia untuk second review. Untuk proses second review anda perlu letakkan kod iklan adsense. Proses review takkan terjadi selagi anda tak letakkan kod tersebut.

3- Perkataan "Awaiting approval" dekat blog anda dah hilang.

Perkataan ni ada dekat Earnings sebelah atas (Rujuk gambar di bawah). Kalau perkataan ni dah hilang maksudnya blog anda dah lulus review peringkat pertama dan anda perlu bersedia untuk proses review kali kedua. Tapi kalau perkataan " ...... disapproved" keluar maksudnya blog anda gagal untuk review kali kedua.



Cara meletakkan kod iklan Google Adsense

Seperti apa yang saya tekankan di atas, kod iklan adsense menentukan blog anda akan di review atau tidak. Selagi anda tak letak kod iklan, proses review tidak akan dilakukan oleh pihak Adsense. Untuk meletakkan kod iklan adsense anda ada 2 cara iaitu:

1- Melalui kod HTML adsense

Login ke akaun Google Adsense > Klik my add > Klik Add unit > Pilih iklan (ukuran, warna dll) > generate kod. Lepas anda dah copy kod iklan, anda perlu login blog > klik layout > add gadget > HTML/ Java script > paste kod > save. 

2- Melalui gadget adsense

Login blog > klik layout > add gadget > pilih adsense > save.

Lepas anda dah letak kod iklan Adsense anda perlu sabar sebab prosess review memang agak lama. Saya sendiri terpaksa menunggu hampir 5 hari. Manakala, mengikut maklumat yang saya dapat dari bacaan, tempoh review boleh sampai berminggu-minggu dan paling cepat anda boleh dapat dalam tempoh 24 jam.

Notes: Sepanjang tempoh review, ruang tempat anda letak kod adsense akan kelihatan kosong sahaja.

Semoga berjaya.

Baca Juga:
Kelulusan Google Adsense - Review kali kedua Kelulusan Google Adsense - Review kali kedua Reviewed by Lah Mohd on 21:01:00 Rating: 5

5 comments:

  1. dekat 'earning' tu mmg dah xde perkataan 'awating' tp masuk adsense We're working on connecting your site

    wakakaka..memang memerlukan kesabaran atau sudah gagal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan baru lepas review kali pertama. Skrg tuan kena masukkan kod iklan adsense untuk proses review kali kedua.

      Delete
  2. perkara ini amat mendebarkan dan memerlukan waktu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rasa mcm tiap2 hari sy tgk email nak tahu lulus ke tak. hehehe

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.