Cara mudah tanam ketumbar jawa - Nothing to Somethings

Cara mudah tanam ketumbar jawa

Ketumbar jawa?

Seperti pokok ketumbar biasa, ketumbar jawa turut boleh digunakan untuk tujuan masakan. Meskipun bentuk pokok ketumbar jawa agak berbeza dengan pokok ketumbar yang dibeli di kedai, namum rasanya sama sahaja. Labih menarik pokok ketumbar jawa senang ditanam walaupun anda tidak mempunyai laman rumah yang besar. Sebagai contoh, anda boleh meletakkannya sebagai hiasan meja ataupun di beranda rumah. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara mudah tanam pokok ketumbar jawa.

Pokok ketumbar jawa
Pokok ketumbar jawa

Cara mudah tanam ketumbar jawa (guna anak pokok)

1- Pilih anak pokok yang segar/ sihat (tinggi antara 1-2 inci)
2- Sediakan lubang kecil, masukkan anak pokok ke dalam lubang dan tutup dengan tanah
3- Letak di tempat redup
4- Lakukan siraman setiap 2 kali sehari


Cara mudah tanam ketumbar jawa (guna biji benih)

1- Sediakan biji benih matang yang terhasil daripada bunga ketumbar jawa
2- Sediakan medium tanah yang sesuai
3- Tabur benih pokok ketumbar jawa
4- Letak di tempat sedikit redup/ kurang cahaya matahari
5- Lakukan siraman setiap 2 kali sehari

Nota:
1- Untuk menggalakkan perkembangan pokok ketumbar jawa, lakukan pembajaan setiap 2 minggu selepas pokok tumbuh. 
Cara mudah tanam ketumbar jawa Cara mudah tanam ketumbar jawa Reviewed by Lah Mohd on 09:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.