Cara masak kacang buncis goreng - Nothing to Somethings

Cara masak kacang buncis goreng

Kacang buncis goreng
Kacang buncis goreng 

Bahan untuk masak kacang buncis goreng:

  • 1 paket kacang buncis
  • 1/2 lobak merah (dihiris nipis)
  • 1 biji telur
  • 1 ulas  bawang putih (dicincang halus/ diketuk)
  • 1 ulas bawang merah (dicincang halus/ diketuk)
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Air

Cara masak kacang buncis goreng 

1) Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan bawang merah, Tumiskan sehingga kekuningan/ naik bau
2) Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau seketika
3) Masukkan lobak merah. Kacau sehingga masak.
4) Pecahkan telur. Masukkan garam dan gula. Kacau sehingga rata
5) Masukkan kacang buncis. Kacau sehingga masak 
6) Sedia untuk dihidang

Note:
Cadangan menu sesuai untuk hidangan 2-3 orang
Cara masak kacang buncis goreng Cara masak kacang buncis goreng Reviewed by Lah Mohd on 07:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.