Cara naik ke Sky Bridge KLCC - Nothing to Somethings

Cara naik ke Sky Bridge KLCC

Melihat pemandangan Kuala Lumpur dari menara KLCC (Menara berkembar petronas)?

Sedia maklum, KLCC dibuka untuk pelawat. Dalam hal ini, anda dibenarkan untuk naik ke aras 41, 83 dan 86 sahaja. Ini kerana, pada bahagian lain, KLCC dijadikan ruang pejabat. Mengikut maklumat petugas di Sky bridge KLCC, KLCC dihuni oleh 11,000 orang pekerja. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara untuk naik ke aras 41, 83 dan 86 KLCC. 

Pemandangan dari level 86 Tower 2

Cara ke Sky Bridge KLCC

1- Dengan menggunakan lif tengah (lif kaca) anda perlu ke level G. Setibanya di level G anda perlu berjalan terus kehadapan menghala ke pintu keluar dengan berpandukan kepada papan tanda 'Sky bridge visit'. 

2- Untuk makluman anda, tangga ke lobi Sky bridge berada bersebelahan dengan pintu masuk automatik pekerja di KLCC. 

3- Dengan menggunakan escalator kecil di sebelah pintu masuk automatik pekerja di KLCC, anda perlu turun ke bahagian bawah iaitu lobi ke 'Sky bridge visit'

4- Sekiranya anda belum mempunyai tiket, anda boleh membelinya disini. Jika anda telah memiliki tiket ke Sky bridge, anda boleh terus ke kaunter check-in mengikut masa lawatan anda. Dinasihatkan untuk anda berada dikaunter check-in 15 minit awal. Disini satu pelekat bewarna akan dilekatkan dibaju anda. 

Pemandangan dari level 41 SkyBridge 
5- Dikaunter daftar masuk, beg anda akan di imbas. Pada bahagian ini, sekiranya anda membawa backpack anda perlu meninggalkannya di kaunter yang disediakan. 

6- Penerangan ringkas akan diberikan sebelum anda dibenarkan naik ke aras 41, 83 dan 86. 

7- Selesai penerangan/ taklimat keselamatan, anda akan dibawa menaiki lif ke aras 41. Di aras 41 anda akan disambut oleh petugas. Disini satu penerangan ringkas mengenai KLCC Sky bridge dan KLCC akan diterangkan. 

8- Anda diberikan masa sekitar 10 minit untuk berada di Sky bridge sebelum dibawa ke ars 83 dan 86. Disini anda boleh bergambar dan berjalan disepanjang Sky bridge.

9- Tamat 10 minit masa yang diberikan, anda akan dipanggil mengikut warna pelekat yang dilekatkan dibaju anda. Anda akan dibawa ke lif untuk ke aras 83.

Pemandangan dari level 86 Tower 2

10- Setibanya di aras 83, anda akan terus dibawa ke aras 86. Diaras 86 anda dapat melihat puncak menara KLCC dengan jelas. Sekiranya anda bernasib baik dan tiket anda diwaktu senja anda mungkin boleh melihat sunset dengan jelas. Namun, sekiranya hujan, keadaan di puncak menara KLCC agak berkabus. 

11- Selepas tamat masa lawatan sekitar 10 minit di aras 86, anda akan dibawa ke aras 83. Di sini anda boleh membeli cenderahati dan berehat.

12- Secara purata, masa sekitar 40 minit diperlukan untuk anda menghabiskan keseluruhan masa lawatan.

Video lawatan pada Februari 2020

13- Selesai lawatan anda akan dibawa turun ke lobi. Di sini sekali lagi anda akan melalui kedai cenderahati. 

14- Sebelum meninggalkan lobi Sky bridge, pastikan anda mengambil semula backpack anda. 

Note. Bagi pemegang MyKad, harga tiket dewasa ialah RM28 dan hanya boleh dibeli melalui kaunter tiket. Sekiranya anda membeli secara online, anda perlu membayar RM80 walaupun anda memiliki MyKad. 
Cara naik ke Sky Bridge KLCC Cara naik ke Sky Bridge KLCC Reviewed by Lah Mohd on 00:50:00 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.