Cara Renew SSM Online - Nothing to Somethings

Cara Renew SSM Online

Cara renew SSM Online?

Sedia maklum, untuk melakukan renew SSM online anda hanya perlu menekan beberapa butang di smartphone atau laptop sahaja. Dalam kata lain, dengan menekan beberapa butang di smartphone atau laptop , segala urusan renew sijil SSM anda selesai. Namun, tahukah anda cara untuk renew sijil SSM secara online? 

Bagi anda yang pertama kali ingin memperbaharui sijil SSM secara online, anda mungkin akan merasakan ianya sedikit sukar. Mana tidaknya, renew SSM online bukanlah perkara rutin tetapi hanya dilakukan sekali dalam setahun. Bagi membantu anda, berikut saya kongsikan cara renew SSM online.


Cara Renew SSM Online

1- Login akaun EzBiz SSM 

2- Pada bahagian menu klik "My Business Services" dan seterusnya klik "Renewal by Owners"



3- Selepas anda klik "Renewal by Owners" paparan di bawah akan terhasil. Klik icon pensil pada bahagian "action"



4- Scrol ke bawah dan klik "Proceed to Payment". Untuk mengelakkan perniagaan anda dikenakan denda pastikan anda memperbaharui sijil SSM sebelum tamat tempoh sah. Jika tidak anda akan dikenakan denda RM20



5- Paparan berikut akan terhasil selepas anda klik "Proceed to Payment". Untuk membuat bayaran online klik "Pay Online"



6- Selepas anda klik "Proceed to Payment" anda diberi pilihan sama ada untuk menggunakan kad debit/kredit atau online banking. Sekiranya anda ingin melakukan bayaran melalui kad debit/kredit anda hanya perlu isikan sahaja maklumat berkait dan klik "Submit Payment". 


Manakala, sekiranya anda ingin melakukan pembayaran melalui perbankan online anda perlu pilih jenis akaun bank sama ada corporat atau retail dan seterusnya klik "Proceed". Selepas klik "Proceed" anda akan dibawa ke page login perbankan online anda. Pada bahagian ini anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sehingga transaksi anda berjaya. Bukti transaksi akan dipaparkan selepas transaksi pembayaran anda berjaya. Selain itu, anda juga akan menerima bukti bayaran melalui email.


7- Langkah terakhir adalah anda perlu download sijil SSM yang baru anda perbaharui untuk tujuan simpanan anda. Untuk download sijil SSM, pada bahagian menu EzBiz anda hanya perlu klik 'My Business Services' > 'Renewal History' dan  klik icon pensil di bahagian action. Sijil SSM baru anda ada dibahagian paling bawah page ini. 
Cara Renew SSM Online Cara Renew SSM Online Reviewed by Lah Mohd on 11:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.