Cara ke Bangkok dari Phuket - Nothing to Somethings

Cara ke Bangkok dari Phuket

1- Kapal terbang 

Menaiki kapal terbang merupakan cara terpantas untuk ke Bangkok dari Phuket. Untuk menaiki kapal terbang, anda hanya perlu ke airport terdekat iaitu Phuket International Airport. Manakala, untuk ke airport dari bandar Phuket anda hanya perlu menaiki bas sekitar 45 minit  dengan tambang sekitar THB90-THB120 sahaja.

Sekiranya anda memilih untuk menaiki kapal terbang, anda boleh memilih sama ada untuk turun di Suvarnabhumi atau Don Muang International Airport. Bagi saya, menaiki kapal terbang dari Phuket ke Suvarnabhumi adalah lebih senang. Ini kerana, setibanya di Suvarnabhumi airport anda hanya perlu menaiki train ke bandar Bangkok. Meskipun, Don Muang turut menyediakan kemudahan sama, tapi bagi saya Suvarnabhumi adalah lebih selesa. Dalam hal ini, penerbangan terus dari Phuket ke Bangkok akan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit sahaja.

Southern Bus Terminal, Bangkok

2- Bas

Selain daripada kapal terbang, anda juga boleh ke Bangkok dari Phuket dengan menaiki bas. Perjalanan ke Bangkok dari Phuket mengambil masa sekitar 13-14 jam dengan tambang sekitar THB640. Dalam hal ini, bas akan menghubungkan anda dari stesen bas Phuket ke Southern bus terminal, Bangkok.


3- Train/ kereta api 

Pilihan ketiga adalah dengan menggunakan kereta api. Memandangkan di Phuket tidak ada jaringan laluan kereta api, maka untuk ke Bangkok dari Phuket dengan kereta api anda perlu ke stesen terdekat iaitu Surat Thani. Untuk ke stesen Surat Thani, anda boleh menaiki bas di stesen bas Phuket dengan tambang sekitar THB220-THB260. Perjalan ke Surat Thani mengambil masa sekitar 5 jam bergantung kepada lalu lintas.

Setibanya di stesen Surat Thani anda boleh mendapatkan tiket ke Bangkok dengan harga sekitar THB500-THB1340. Harga ini berbeza mengikut jenis seat yang dipilih First class atau second class. Dari segi masa perjalanan pula, ianya berbeza-beza bergantung kepada jenis kereta api yang anda naiki. Secara umumnya ia mengambil masa sekitar 9-13 jam. 
Cara ke Bangkok dari Phuket Cara ke Bangkok dari Phuket Reviewed by Lah Mohd on 12:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.