5 penyakit haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan kematian manusia - Nothing to Somethings

5 penyakit haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan kematian manusia

Penyakit bawaan haiwan?

Penyakit bawaan haiwan atau dikenali sebagai penyakit Zoonotik merupakan penyakit berjangkit yang merebak kepada manusia melalui bakteria, parasit, virus atau kulat yang dibawa oleh haiwan yang dijangkiti. Penyakit ini biasanya dibawa oleh haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing, lembu, kerbau, burung, ayam, dan kambing.

Penyakit ini menjangkiti manusia apabila anda terdedah kepada kuman yang dibawa oleh haiwan yang dijangkiti sama ada melalui sentuhan, udara atau luka disebabkan serangan daripada haiwan berpenyakit. Secara umumnya, mereka yang dijangkiti akan mengalami gangguan kesihatan selain kematian. Berikut saya senaraikan beberapa penyakit bawaan haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan kematian.



Penyakit bawaan haiwan yang bahaya kepada kesihatan manusia

1- Selesema burung (H5N1)

Pembawa: Unggas seperti ayam, itik, angsa dan burung.

Cara berjangkit: Menjangkiti manusia melalui sentuhan, udara atau bahan yang dicemari virus haiwan dijangkiti.

Kesan: Berisiko kepada semua peringkat umur dan boleh menyebabkan kematian.



2- Anjing gila atau rabies

Pembawa: Anjing dan kucing

Cara berjangkit: Menjangkiti manusia melalui gigitan atau cakaran daripada haiwan yang dijangkiti. Simptom awal boleh dikesan apabila anda mengalami sakit tekak, pening kepala, loya dan muntah selepas digigit.

Kesan: Berisiko kepada semua peringkat umur dan boleh menyebabkan kematian.



3- Toxoplasmosis

Pembawa: Kucing (terutamanya kucing terbiar)

Cara berjangkit: Menjangkiti manusia apabila anda tersentuh najis yang dijangkiti parasit, tetapi tidak membersih tangan sebelum makan.

Kesan: Penyakit ini berisiko kepada wanita hamil dimana kandungan mungkin akan mengalami keguguran, kelahiran pramatang, kematian dalam kandungan atau bayi mungkin akan dilahirkan secara tidak normal.



4- Bruselosis

Pembawa: Lembu, kerbau

Cara berjangkit: Pengambilan produk berasaskan susu yang tercemar dengan virus bruselosis selain melalui sentuhan dan udara.

Kesan: Boleh menyebabkan demam berulang, okitis dan kemandulan kepada lelaki dan keguguran kepada wanita hamil. 



5- Mad cow disease atau lembu gila

Pembawa: Lembu

Cara berjangkit: Pengambilan produk daripada lembu yang tercemar dengan virus.

Kesan: Berisiko kepada semua peringkat umur dan boleh menyebabkan penyakit Cruetzfeldt-Jacob (satu penyakit yang boleh mengganggu fungsi otak) dan mengakibatkan kematian.


Note:
Sebagai langkah pencegahan awal, anda haruslah sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling dan hebahan maklumat penularan penyakit. Sebolehnya batalkan percutian atau elakkan daripada melawat kawasan berisiko atau apabila maklumat penularan wabak telah disahkan. Anda mungkin akan kehilangan duit, tapi jangan sesekali merisikokan nyawa anda. 
5 penyakit haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan kematian manusia 5 penyakit haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan kematian manusia Reviewed by Lah Mohd on 14:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.