Restaurant halal di Hat Yai - Nothing to Somethings

Restaurant halal di Hat Yai

Restaurant halal di Hat Yai?

Sedia maklum, Hat Yai merupakan destinasi percutian makanan yang terkenal bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, mejoriti yang berkunjung ke Hat Yai pasti akan mengakui makanan di sana sedap dan harga berpatutan. Ada juga dalam kalangan pelancong yang berulang kali ke Hat Yai semata-mata untuk menikmati pelbagai pilihan menu makanan di sana.

Menu di Khlong Hae Seafood buffet

Bagi anda yang beragama islam, untuk mendapatkan makanan halal di Hat Yai ianya bukanlah sesuatu yang sukar. Ini kerana, Hat Yai sendiri sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong beragama islam. Restaurant halal pula boleh dijumpai dimana sahaja termasuk lokasi menarik di Hat Yai.

Sebagai contoh, restaurant halal boleh dijumpai di:
1- Khlong Hae Floating Market
2- Bandar Hat Yai
3- Asean Market
4- Greenway night matket
5- dan tempat menarik lain

Dari segi penggunaan bahasa pula, mejoriti peniaga muslim fasih berbahasa melayu. Jadi anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan mereka. Untuk ke lokasi menarik, anda boleh manaiki tuk-tuk atau grab yang mana boleh didapati di mana sahaja. 
Restaurant halal di Hat Yai Restaurant halal di Hat Yai Reviewed by Lah Mohd on 14:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.