Cara saya ke Houseboat Tasik Banding Royal Belum - Nothing to Somethings

Cara saya ke Houseboat Tasik Banding Royal Belum

Houseboat Royal Belum, apa yang menarik?

Seperti kebanyakkan tempat menarik lain, Houseboat di Tasik Banding Royal Belum mempunyai keunikannya yang tersendiri. Diwartakan sebagai hutan simpan dan antara yang tertua di dunia, Royal Belum dihuni ribuan spesis flora dan fauna.

Houseboat di Tasik Banding Royal Belum

Dalam hal ini, keunikkkan aktiviti menaiki houseboat ini tercipta apabila anda akan bermalam di dalam sebuah rumah terapung di atas air di dalam Tasik Banding Royal Belum.

Meskipun ruang di dalam houseboat terhad, namun ianya tidaklah membosankan. Ini kerana pelbagai aktiviti boleh anda lakukan. Mengikut pengalaman peribadi saya, sepanjang tempoh pakej yang diambil iaitu 2H1M, saya telah:
1- Melawat perkampungan orang asli
2- Menikmati keindahan flora dan fauna
3- Mandi tasik & main rakit
4- Jungle trekking ke air terjun Sg Kooi 
5- Melihat bunga Reflesia (sekiranya kena pada musimnya)
6- Mandi bersama ikan kelah di Sg Ruok (sekiranya kena pada masanya)
7- BBQ
8- Berkaraoke
9- Memancing

Untuk makluman anda, houseboat ini boleh dinaiki sehingga 20-40 orang. Namun sekiranya anda tidak mampu untuk menyewa keseluruhan houseboat, anda boleh mengambil pakej seperti dilakukan oleh saya.

Meskipun perlu berkongsi houseboat dan aktiviti dengan penghuni lain, ianya sangatlah menyeronokkan. Ini kerana, inilah peluang anda untuk mencari rakan travel yang serasi. 

Untuk makluman anda, sepanjang percutian ini saya telah menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Seha. Sekiranya berminat, anda boleh hubungi beliau 012-6448581. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM199 seorang. Harga ini termasuk makan, tempat tinggal di dalam houseboat dan beberapa aktiviti menarik di sekitar hutan simpan Royal Belum. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan untuk ke Royal Belum, pihak pengurusan ada menawarkan pengangkutan ke sana. 
Cara saya ke Houseboat Tasik Banding Royal Belum Cara saya ke Houseboat Tasik Banding Royal Belum Reviewed by Lah Mohd on 22:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.